178 Ahli Ikhwan Ditahan dalam Masa Seminggu

mobro-protest

Pihak keselamatan telah menahan seramai  11 orang ahli  Ikhwanul Muslimin dalam sebuah tangkapan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan ahli yang ditahan minggu lepas seramai 178, menurut Kementerian Dalaman Mesir.

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, kementerian mengumumkan 11 orang ahli Ikhwan telah ditahan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan menghasut dan melakukan “tindakan keganasan”.

Kerajaan Mesir telah mengisytiharkan Ikwanul Muslimin, gerakan Islam tertua negara itu, sebagai “organisasi pengganas” lewat 2013.

Pihak keselamatan Mesir telah melancarkan tindakan keras ke atas Ikhwan sejak penggulingan oleh tentera dan penangkapan presiden yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi, pemimpin Ikhwan, dalam pertengahan 2013.

Dalam tempoh dua tahun sejak itu, pihak keselamatan telah membunuh ratusan dan menahan puluhan hingga ribuan ahli Ikhwan dan penyokong Morsi.

Sejumlah tahanan  dilaporkan mati di dalam penjara, yang terkini adalah Essam Derbala, pemimpin Jemaah Islamiyah dan penyokong Morsi yang meninggal dunia Sabtu lalu.

Menurut Human Rights Watch, sejumlah 95 tahanan mati di dalam penjara Mesir tahun lepas, meningkat sebanyak 40 peratus daripada 2013.

 

Terjemahan: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: AA

Authors
Tags ,

Related posts

*

Top