5 buah negara Timur Tengah dipecahkan menjadi 14

Screenshot 2015-12-19 13.52.16

Sumber Gambar: The New York Times

Berdasarkan peta di atas kita boleh lihat bagaimana 5 buah negara di Timur Tengah boleh dipecahkan menjadi 14 buah negara. Dan ini adalah selari dengan perancangan Zionis untuk mengukuhkan lagi cengkaman mereka di Timur Tengah.
 
Perhatikan gambar peta di atas.
 
1) Libya – Disebabkan oleh keadaan politik yang kacau bilau selepas Muammar Gaddafi digulingkan, Libya kini boleh terpecah menjadi 3 negara.
  • Tripolitania
  • Cyrenaica
  • Fezzan
 
2) Krisis sektarian dan perebutan kuasa di Syria dengan bantuan kuasa-kuasa besar pula boleh menyebabkan Syria terpisah kepada 3 buah negara. 
  • Wilayah dikuasai Syiah alawi – Bashar Assad
  • Kurdistan, bergabung dengan puak kurdi di Iraq dan berkemungkinan di kawasan jajahan Turki.
  • Kawasan Sunni yang akan bergabung dengan kawasan Sunni di Iraq yang terpecah kepada wilayah Sunni dan Syiah
 
3) Iraq, terpisah kawasan antara Sunni dan Syiah dan juga kawasan kurdi.
 
4) Arab Saudi pula dipecahkan menjadi 5 negara
  • North Arabia
  • Eastern Arabia
  • Western Arabia
  • South Arabia
  • Dan kawasan Saudi sedia ada.
 
5) Sementara Yaman pula berpisah kepada wilayah Utara dan Selatan Yaman. Juga dipisahkan dengan kawasan Sunni dan Syiah

Oleh:
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE
Authors

Related posts

*

Top