52 Penduduk Awam Maut dalam Serangan Diketuai Amerika Syarikat di Syria

isis-syria-iraq-air-strike

 

3 Mei, Aleppo – Jumlah kematian penduduk awam dilaporkan meningkat sebanyak 52 orang selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan udara Sabtu lepas di wilayah utara negara terbabit. Turut terkorban dalam  kejadian merupakan tujuh orang kanak-kanak.

Setakat ini serangan yang diketuai oleh kuasa besar dunia itu telah membunuh sekurang-kurangnya 66 nyawa penduduk tempatan sejak serangan dilancarkan 23  September lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 118 nyawa. Kempen serangan ini juga telah membunuh 2000 orang pejuang ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant).

Serangan hasil kerjasama pihak Amerika Syarikat dan sekutunya itu dikatakan berjaya mengekang kemaraan gerakan ISIL namun setakat ini mereka gagal untuk mematahkan penguasaan ISIL di jajahan takhluk mereka. Malah ISIL mampu membina pusat pentadbirannya sendiri bertempat di Raqqa, Syria yang merupakan kubu terkuat mereka.

Washington dan sekutu mereka memberi keterangan baru-baru ini menjelaskan tujuan mereka campur tangan adalah untuk menyokong apa yang mereka gelar sebagai  pemberontak moderat yang berjuang menentang kezaliman tentera Bashar al-Assad dan juga ISIL.

Namun setelah empat tahun sejak perang saudara ini dimulakan tiada lagi tanda kemenangan akan diperoleh oleh mereka. Malah satu per tiga populasi rakyat Syria telah hilang tempat kediaman dan jumlah kematian telah mencecah 220,000 nyawa kesan perang terbabit.

Terkini, serangan masih lagi berlaku antara pihak kerajaan Bashar dan puak pemberontak di daerah Latakia di negara terbabit.

 

oleh: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: Al-Jazeera

 

Authors

*

Top