Al Jazeera rangkaian Amerika ditutup

download (30)

download (30)

Model perniagaan yang tidak lagi mampu diuruskan dengan baik diputuskan untuk ditutup setelah rangkaian global mengumumkn rangkaian digital yang baru dalam pasaran Amerika syarikat.

 

Syarikat Al Jazeera Amerika mengumumkan akan menutup rangkaian televisyen dan digitalnya pada 30 April tahun ini. Keputusan yang dibuat oleh ahli lembaga AJAM adalah didorong oleh “hakikatnya, model perniagaan kami tidak lagi mampu untuk bertahan dengan cabaran ekonomi dalam pasaran media Amerika syarikat” kata Ketua Pegawai Eksekutif AJAM Al-Anstey.

“Saya tahu penutupan AJAM akan adalah satu kekecewaan yang besar bagi semua yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk masa depan jangka masa panjang kita” Anstey menulis dalam emel yang dialamatkan kepada semua kakitangan syarikat. Dia berkata bahawa keputusan yang dibuat tidak ada kaitan dengan hasil kerja kakitangan berkenaan. “Komitmen kami terhadap kewartawanan adalah tiada tandingan dan berbeza dengan yang lain. Dan, anda adalah pasukan yang paling berbakat mana-mana organisasi boleh harapkan.

Pengumuman penutupan AJAM selaras dengan keputusan yang dibuat oleh syarikat induk global untuk melakukan perluasan signifikan operasi digitalnya di seluruh dunia ke dalam pasaran Amerika syarikat.

“Penonton kini semakin beralih arah ke pelbagai platform termasuk peranti mudah alih, untuk mendapatkan berita dan maklumat. Oleh itu, perluasan ini akan membenarkan pengguna AS dan bukan AS untuk mengakses rangkaian kewartawanan dan kandungannya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka kehendaki” kata rangkaian media Al-Jazeera dalam kenyataannya. “Dengan memperluaskan kandungan digital dan servis pengedarannya termasuk kini ke Amerika syarikat , rangkaian akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat inovasi dan bersaing dalam dunia digital dan untuk memberi khidmat kepada penonton yang sentiasa fokus pada digital 24 jam pada hari ini.”

Anstey memuji kakitangan Al Jazeera Amerika sebagai “satu pasukan cemerlang yang terdiri daripada orang-orang yang paling komited, profesional dan berdedikasi..dan pada bulan-bulan akan datang, kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menyokong anda, untuk bekerja dengan anda dan untuk memastikan bahawa anda dihormati selayaknya.”

Walaupun AJAM bergelut untuk kedudukan peratusan televisyen pada mulanya, ia dengan pantas dan berulang kali diiktiraf oleh rakan-rakan industri untuk kecemerlangan kewartawanannya. Dalam beberapa bulan selepas pelancaran, AJAM mulai mengumpul pelbagai hadiah berprestij – daripada anugerah Peabody, Emmy, Gracie, Eppy dan DuPont sehingga ke anugerah Shorty untuk suapan berita Twitter terbaik, anugerah muka depan kelab Newswomen’s of New York dan juga mendapat petikan daripada kumpulan-kumpulan seperti Persatuan Kebangsaan Wartawan berkulit hitam (National Association of Black Journalists) dan Kewartawanan Amerika Asli (Native American Journalism).

Anstey berkata AJAM mencapai kemajuan yang perlahan tetapi berterusan sejak beberapa bulan lepas dalam menambahkan bilangan penontonnya. “Kecemerlangan editorial kami telah dibuktikan dari semasa ke semasa dalam cerita-cerita utama beberapa bulan kebelakangan ini,”katanya. “Dan, kami terus menerus menerima pujian daripada rakan-rakan dalam industri dan penonton kami untuk kualiti output kami.”

Beliau berikrar bahawa AJAM akan mengekalkan standard kecemerlangannya sehingga ia ditutup.

“Dalam tempoh antara sekarang dan April nanti, kami akan terus tunjukkan kepada Amerika mengapa AJAM telah berjaya memenangi rasa hormat dan kesetiaan tanpa berbelah bahagi daripada ramai penonton kami,” Anstey menulis. “Melalui kerja yang menakjubkan di AJAM, kita telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan cara dalam melaporkan berita dan menyampaikan maklumat. Asasnya adalah integriti, kewartawanan yang hebat, tidak berat sebelah dan komitmen yang tinggi untuk cerita yang berkualiti. Ini akan menjadi impak jangka masa panjang kami, dan sepanjang kami menghasilkan dan mempamerkan kerja terbaik kami untuk minggu-minggu yang akan datang, ianya akan menjadi jelas bagi semua orang.”

Oleh:

DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Doctor of Philosophy (Generic) (Major in Sport Notational Analysis)

Sumber:

http://america.aljazeera.com/articles/2016/1/13/al-jazeera-america-to-close-down.html

Authors
Tags

*

Top