Amerika Meluluskan Transaksi Misil Baru Indonesia dan Malaysia.

focus

focus

Jabatan Negara meluluskan penjualan peluru berpandu baru bernilai jutaan dolar kepada dua rakan kongsi Asia Tenggara, Indonesia dan Malaysia awal minggu ini.

Kelulusan tersebut merupakan sebahagian daripada lima set perjanjian yang dijelaskankan Jabatan Negara kepada sekutu serta rakan kongsi Amerika Syarikat di Timur Tengah dan Asia Pasifik yang bernilai hampir $3.5 bilion. Bagi mematuhi undang-undang Amerika, Defense Security Cooperation Agency (DSCA) menghantar pensijilan untuk makluman Congress of the potential Foreign Military Sale (FMS), yang kemudiannya perlu diluluskan sebelum perjanjian tersebut depersetujui dengan penyertaan syarikat dan rakan kongsi.

Jualan kepada Indonesia melibatkan misil AIM-9X-2 Sidewinder beserta peralatan berkaitan, bahagian dan sokongan logistik yang dianggarkan bernilai $47 juta. Berdasarkan kenyataan DSCA yang menggariskan kesan jualan, jualan tersebut dijangka dapat meningkatkan perlindungan negara Indonesia dan mengukuhkan pertahanan daripada ancaman serantau. Dengan itu, pergantungan Jakarta terhadap Washington akan berkurangan di samping menggalakkan kerjasama operasi dengan tentera Amerika.

Kontraktor utama untuk jualan ini adalah Raytheon Missile Systems Company. Memandangkan tiada permintan ofset yang diketahui, DSCA menyatakan pelaksanaan jualan memerlukan pegawai kerajaan Amerika atau wakil kontraktor ke Indonesia untuk sementara bagi tujuan pengurusan , pengawasan dan sokongan.

Sementara itu, jualan Malaysia pula merangkumi AIM-120C7 AMRAAM beserta peralatan berkaitan, bahagian dan sokongan logistik yang dianggarkan bernilai $21 juta. Menurut DSCA, jualan ini akan memastikan keupayaan berterusan udara-ke-udara bagi pesawat F/A-18D Malaysia yang sedia ada. Kerjasama operasi Malaysia dengan Amerika termasuk latihan bersama yang dijadualkan secara tetap. Kenyataan DSCA turut merujuk kepada Malaysia sebagai “ rakan kongsi kini dan seterusnya, juga sebuah kuasa penting untuk kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Asia Tenggara.”

Sepertimana Indonesia, kontraktor utama adalah Raytheon Missile Systems Company. Tetapi tidak seperti jualan lain, DSCA menyatakan bahawa Malaysia memohon ofset dan status terperinci perjanjian akan ditentukan dalam rundingan antara pembeli dan kontraktor. Walaubagaimanapun, pelaksanaan jualan ini tidak memerlukan pegawai kerajaan Amerika atau wakil kontraktor ke Malaysia.

Amerika Syarikat telah menguatkan ikatan dengan Indonesia dan Malaysia di bawah pengurusan Obama sebagai sebahagian daripada apa yang disebut sebagai ‘pangsi(pivot)’ atau ‘penyeimbangan semula(rebalance)’ kepada Asia Pasifik. Washington telah memeterai perkongsian menyeluruh dengan kedua-dua negara masing-masing pada tahun 2010 dan 2014. Pemimpin kedua-dua negara, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo juga dijangka akan membuat lawatan rasmi ke Washington pada hujung tahun ini.

Oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: The Diplomat

Authors

*

Top