Amerika Syarikat bersedia melancarkan perang terhadap China dan Rusia

us

 

Amerika Syarikat dilaporkan sedang bersiap sedia bagi menghadapi peperangan yang berkemungkinan besar tercetus ke atas China dan Rusia. Peperangan ini dikatakan bagi mengelakkan kejatuhan sistem perbankan Barat, kata seorang komentator politik dan aktivis Amerika.

Michael Billington, editor Executive Intelligence Review yang juga pengarang Reflections of an American Political Prisoner: the Repression and Promise of the LaRouche Movement, membuat kenyataan di atas dalam sebuah temubual bersama-sama Press TV Khamis lalu melalui panggilan telefon.

Berikut antara rekod penting dalam temubual beliau,

1. Rabu lalu, Ashton Carter, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada China supaya menghentikan pembangunan pulau-pulau buatan manusia (man-made islands) di Laut China Selatan. Beliau turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan berhenti daripada mengawasi perairan antarabangsa dan ruang udara antarabangsa di Asia Pasifik.

Carter turut berucap pada perjumpaan militari Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pearl Harbor yang berbunyi, “There should be no mistake, the United States will fly, sail, and operate wherever international law allows, as we do all around the world.”
(Pastikan tiada kesilapan, Amerika Syarikat akan terbang, belayar dan beroperasi selagi mana undang-undang antarabangsa membenarkan, sebagai mana kami lakukan di seluruh dunia.)

2. Billington berkata bahawa usaha China untuk membina pulau-pulau di Laut China Selatan bukanlah suatu usaha yang ‘luar biasa’ kerana Filipina dan Vietnam turut berbuat yang demikian.

3. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bagaimanapun masih mencuba untuk memberi fokus kepada Asia, sejak daripada 2011 dan White House tidak menolak bahawa tiada benua selain Asia yang lebih penting untuk manfaat jangka panjang Amerika Syarikat.

4. Billington menegaskan bahawa, “Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah, China, sama seperti Rusia, telah sangat sangat jelas akan pergerakan perang (war mobilization) Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu NATOnya, yang sudah siap siaga untuk melancarkan perang ke atas Rusia dan China.”

5. “Terdapat seperti suatu teori umum akan penyebab bakal tercetusnya peperangan ini; keruntuhan, kejatuhan seluruh sistem perbankan Barat yang jelas dilihat hari ini.”

“There’s a general recognition growing that the driving force for this war is the utter collapse of the entire Western banking system.”

6. “Greece kini sudah bersedia menarik diri. Matawang EURO tidak akan dapat bertahan. Obama di tanah airnya telah gagal, untuk mengembalikan penurunan yang telah berlaku dalam kadar pengambilan kerja, penghasilan, infrastruktur di Amerika Syarikat dan kita sekarang menghadapi kemerosotan ekonomi yang jauh lebih dasyat daripada kejatuhan ekonomi pada tahun 2008.”

“Pandangan daripada London dan New York menyarankan kita berperang. Kita tidak boleh membenarkan ikatan BRICS antara Rusia, China, India, Afrika Selatan dan sebahagian besar Amerika Latin, membentuk institusi kewangan baru sekaligus mengambil alih kebolehan kita untuk merampas sumber-sumber daripada sektor-sektor yang sedang berkembang.” Dan beliau menegaskan bahawa Amerika Syarikat perlu berperang kerana tujuan tersebut.

7. Washington menuduh Beijing sedang melaksanakan proses pengambil alihan tanah secara besar-besaran (massive land reclamation) di kepulauan Spratly di Laut China Selatan, dan menambah bahawa dengan cara China mendakwa hak milik teritori (territorial claims) ke atas pulau-pulau (man-made islands) tersebut akan lebih memilitarisasikan (militarize) kawasan tersebut.

8. “China sedar bahawa setiap serangan berbentuk ketenteraan terhadap mereka, sejak daripada Perang Opium British, telah datang dari arah Laut China Selatan. Jadi mereka lebih berhati-hati dan berwaspada.”

9. “China telah berulang kali menawarkan kerjasama terhadap negara-negara di Asia Tenggara dalam usaha membangunkan sumber-sumber sedia ada, yang ditentang oleh Filipina, yang merupakan boneka Obama dalam strategi peperangan Amerika Syarikat, dan akhirnya menukar pulau-pulau mereka menjadi pengkalan tentera Amerika Syarikat yang sangat besar.”

10. “Tiada alasan lain untuk konfrontasi antara Amerika Syarikat dan China, melainkan Obama hanya inginkan peperangan tercetus antara mereka; bukanlah kerana pengawal-pengawal ekonominya di London dan di Wall Street yang mahukan peperangan tercetus.

“There is no reason for this confrontation between the United States and China other than the fact that Obama wants a war, rather his controllers in London and in Wall Street want a war, and Obama will do it if he is not removed from office.”

Beliau menegaskan pada akhir perbualan, “Amerika Syarikat telah pun menggunakan Filipina sebagai pengkalan militari untuk peperangan sejak sekian lama. Semua ini boleh dihentikan, semua ini mesti dihentikan, tetapi ia perlu dihentikan di sini, di Amerika Syarikat.”

GJH/HRJ

Sumber : PressTV

Authors

*

Top