Amerika Syarikat & Vietnam; Kukuh Hubungan Pertahanan

usv

 

 

 

 

 

Awal minggu ini, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam, mengorak langkah mengukuhkan lagi hubungan keselamatan mereka semasa lawatan tiga hari oleh Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter ke negara-negara di Asia Tenggara.

Istimewanya pertemuan kali ini menyaksikan Carter dan Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh, menandatangani sebuah persetujuan kerjasama dalam hubungan pertahanan, Joint Vision Statement on Defense Relations.

Persetujuan bersama yang dicapai oleh kedua-dua pihak yang turut meraikan ulang tahun ke-20 dalam usaha menormalisasikan hubungan mereka, bukanlah sesuatu yang baru. Ia menggariskan lima sektor kerjasama pertahanan berdasarkan memorandum persefahaman 2011;

1. high-level dialogues
2. maritime security
3. search and rescue
4. humanitarian assistance& disaster relief
5. peacekeeping

Kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan pelaksanaan mekanisme-mekanisme sedia ada, terutamanya dialog polisi tahunan yang diadakan semenjak tahun 2011; Defense Policy Diaogue (DPD), yang menjadi rujukan dan panduan dalam hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan oleh Carter dalam ucapan beliau di Singapura pada Shangri-La Dialogue beberapa hari sebelum, persetujuan ini penting kerana buat julung-julung kalinya, kedua-dua buah negara bersetuju melaksanakan kerjasama operasi yang jauh lebih besar; ‘greater operational cooperation’.

Dalam tempoh beberapa tahun yang lepas, AS dan Vietnam sudah saling mengukuhkan hubungan pertahanan negara dari sudut kawalan kerjasama perairan. Persetujuan kali ini dilihat membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama-kerjasama yang lebih besar dan berani dalam sektor-sektor seperti perdagangan pertahanan (defense trade) dan seterusnya penghasilan bersama keperluan-keperluan militari pada masa hadapan.

Antara persetujuan yang tidak dinyatakan secara rasmi dan ditandatangani namun kelihatan meyakinkan termasuklah,

1. Kesediaan AS menyediakan $18 juta kepada Vietnamese Coast Guard untuk membeli kapal-kapal peronda AS; American Metal Shark.

2. AS bersedia membantu bukan sahaja dari sudut bekalan peralatan dan senjata, bahkan akan membantu dari segi latihan dan penyediaan kurikulum kepada Vietnamese Coast Guard bagi menghadapi ancaman China di Laut China Selatan.

3. Penempatan seorang pakar keamanan, ‘peacekeeping expert’ di kedutaan AS oleh Pentagon, bagi membantu kemasukkan Vietnam ke dalam operasi-operasi keamanan antarabangsa.

Kerjasama komprehensif dua negara ini adalah selari dengan perjanjian yang ditandatangani pada 2013; yang bukan sekadar berbentuk dua hala, malahan melibatkan region Asia Tenggara juga dunia keseluruhannya.

Meskipun hubungan AS-Vietnam dilihat semakin berkembang sejak beberapa tahun yang lepas, kedua-dua negara tidak terlepas daripada cabaran-cabaran masa akan datang yang tidak kurang menggerunkan.

Bagi Washington yang ‘menyokong’ human rights, kelonggaran pengharaman lethal weapons AS adalah di luar jangkaan dan tidak selari dengan usaha-usaha mereka membela hak-hak asasi manusia.

Sementara itu, bagi Hanoi, penerimaan drastik saranan-saranan Washington kemungkinan besar akan menjejaskan hubungan mereka dengan China, malahan bertentangan dengan antara ahli-ahli berpengaruh Vietnamese Communist Party yang masih ragu-ragu dengan AS. Dan yang pasti, isu legasi Vietnam War masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun kedua-dua negara telah melangkah agak jauh dalam usahasama pertahanan negara.

Namun, kedua-kedua negara telah menunjukkan suatu usaha yang tidak berbelah bagi untuk keluar daripada permasalahan tersebut. Carter, semasa lawatan beliau ke Haiphong, sekali lagi ‘dinobatkan’ sebagai Setiausaha Pertahanan AS pertama yang telah melawat pangkalan tentera Vietnam dan turut sama melawat sebuah kapal milik Vietnamese Coast Guard.

Sebagai tanda penghargaan, Carter mengembalikan sebuah diari dan tali pinggang milik seorang tentera Vietnam yang terlibat dalam peperangan dahulu dan beliau berharap dapat barangan tersebut dapat dikembalikan kepada individu yang sepatutnya atau keluarganya.

Carter menzahirkan harapan menjernihkan hubungan keruh AS dan Vietnam melalui lawatan beliau.

“With this exchange, we continue to help heal the wounds of the past. With this visit, we continue to lay the foundation for a bright future,” Carter said at a joint press conference.

Sumber: The Diplomat

Authors

*

Top