Antara Iran, Yaman dan Gerakan Syiah Houthi.

iranyaman

Alasan mengelakkan Bahrain dan Yaman daripada “Persian Subversion”membolehkan campur tangan Kerajaan Arab Saudi ke dalam Yaman; dan Riyadh menggambarkan Iran sebagai kuasa hagemoni yang memburukkan lagi Perang Saudara di Yaman.

Walhal Iran yang kononnya mendokong Gerakan Syiah Houthi, hanyalah berminat dengan Selat Bab el-Mandeb di Yaman, yang mengalir di dalamnya minyak bernilai jutaan dolar.

Pembentukan Yaman pada 1932, membenarkan Kerajaan Arab Saudi secara langsung masuk campur hal ehwal negara tersebut, dan Iran yang pada ketika itu turut menaruh minat untuk turut sama menguasai Yaman mula menghulurkan bantuan kewangan setelah Abdullah Al-Sallal menggulingkan Imam Muhammad al-Badr pada 1962. Badr yang merupakan pengikut Zaydi (Syiah) semakin diketepikan apabila Perang Saudara berlanjutan dari 1962 sehingga 1970. Kerajaan Arab Saudi pada masa yang sama menghabiskan sejumlah wang yang besar bagi menyebarkan fahaman Wahabi di Yaman.

Hussein Badreddin al-Houthi yang lahir dari rahim kekecewaan menyaksikan kejatuhan ajaran Zaydi dan penyebaran Wahabi, mengambil langkah menyusun semula ajaran Zaydi. Kejayaannya menyertai Parlimen Yaman pada 1990 membolehkan dia menghasilkan suatu gerakan yang dinamakan bersempena dengan namanya; Gerakan Syiah Houthi.

Telah berlangsung peperangan yang berlanjutan antara Hussein Badreddin al-Houthi dan Presiden Ali Abdullah atas dasar keterancaman kedudukan akibat daripada terbentuknya Gerakah Syiah Houthi; Hussein yang telah dibunuh dalam siri peperangan pertama telah digantikan oleh adiknya, Abdulamlik al-Houthi. Penjajahan sementara terhadap Yaman berlaku setelah Tentera Udara Saudi gagal menyertai kerajaan Yaman. Pelawaan Gerakan Syiah Houthi kepada Ayatollah Ali Sistani untuk menjadi kuasa pendamai antara dua pihak yang berperang telah ditolak mentah-mentah oleh Ayatollah Ali Sistani.

Ketibaan Arab Spring 2011 di Yaman menyaksikan penggulingan sementara Saleh oleh Timbalan Presidennya, Abd Rabbuh Mansur Hadi, yang kemudiannya menyertai Houthi untuk menggulingkan kembali pemerintahan sementara Hadi. Houthi mendapat imbalan kekuasaan ke atas Sanaa dan sebahagian besar Yaman di bawah persekutuan Saleh.

Kesan-kesan yang dapat dilihat di Yaman hari ini juga perluasan penyebaran ajaran Syiah di Baghdad, Bahrain, Lebanon, Iraq; Amerika Syarikat dan Dunia Arab sendiri meletakkan pertuduhan ke atas Iran dan Gerakan Syiah Houthi.

Iran pada dasarnya telah berjaya memperkukuhkan kuasanya melalui penaklukan Yaman secara langsung dan Gerakan Syiah Houthi secara tidak langsung.

Oleh : Nureen Fatin Syafiqa Adnan

Sumber : Foreign Affairsiranyaman

Authors

*

Top