Arab Saudi dan Mesir ingin miliki kapal perang

mistral

 

 

Arab Saudi dan Mesir berhasrat membeli kapal Mistral buatan Perancis yang pada awalnya dipersetujui untuk dijual kepada Rusia. Sumber Stratfor tempatan telah mengesahkan laporan media Perancis – Rusia merupakan antara negara terawal ingin memiliki kapal berkenaan. Meski Riyad dan Kaherah bakal berdepan halangan sebelum mereka dapat memanfaatkan kapal Mistral secara efektif, kapal tersebut dilihat mampu meningkatkan keupayaan negara-negara Arab menentang pelbagai bentuk ancaman di benua yang sama untuk tempoh jangka masa panjang.

 

Arab Saudi menunjukkan usaha yang bukan sedikit dalam usaha mengukuhkan keupayaan tentera udara dan darat mereka, dan Riyadh kini lebih menumpukan pelaburan dalam sektor ketenteraan laut. Pembelian kapal-kapal baharu adalah bertepatan dengan usaha mereka menaiktaraf sektor maritim. Mistral merupakan platform amphibious assault – tentera yang dibawa melalui jalan laut untuk melakukan serangan di kawasan pesisir pantai.

 

Dianggarkan satu batalion – 400-900 pasukan, berupaya dilabuhkan oleh Mistral  dalam sebuah misi jangka pendek, melalui kapal pendarat atau helikopter. Mistral turut mampu membawa jentera dan peralatan peperangan untuk dihantar ke daratan menggunakan kapal-kapal pendarat. Landasan helikopter yang terdapat pada kapal berkenaan mampu menempatkan sejumlah besar helikopter peperangan anti-submarine bagi misi sub-hunting. Walau bagaimanapun, Mistral tidak memiliki keupayaan keselamatan yang sempurna dan terpaksa bergantung kepada kapal-kapal perang yang lain untuk mengiring dan memberikan perlindungan kepadanya.

 

Terjemahan: Nureen Adnan

Sumber: Stratfor

Authors

*

Top