AS peruntuk $18 Juta kepada Vietnam untuk tujuan ketenteraan

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter di Kementerian Pertahanan Vietnam, Hanoi pada 1 June 2015. (AFP)
Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter di Kementerian Pertahanan Vietnam, Hanoi pada 1 June 2015. (AFP)

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter di Kementerian Pertahanan Vietnam, Hanoi pada 1 June 2015. (AFP)

Amerika Syarikat (AS) memperuntukkan 18 juta USD kepada Vietnam untuk ‘membantu’ negara tersebut mempertingkatkan kemampuan ketenteraan mereka di Perairan Laut China Selatan dalam menghadapi kemelut di rantau Asia Pasifik.

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter berkata pada Ahad lepas, bahawa Vietnam akan menerima sejumlah dana untuk tujuan “modernize our partnerships” dan juga “enhance our capabilities and the capabilities of Vietnam.”

Dana tersebut akan dibelanjakan untuk bot peronda buatan AS, tambah beliau.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melawat sebuah kapal pengawal pantai Vietnam yang pernah ‘bertembung’ dengan kapal China dalam sebuah pertempuran di Laut China Selatan.

Penjualan bot peronda kepada Vietnam adalah sebahagian dari tindakan mengimbangi semula pentadbiran jangka panjang Presiden Obama dari segi aset ketenteraan di rantau Asia Pasifik untuk menghalang kebangkitan ekonomi dan ketenteraan China.

Carter sedang dalam lawatan 11 hari beliau di Asia Pasifik untuk meningkatkan hubungan ketenteraan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan negara-negara di sekitar rantau itu yang bimbang dengan perkembangan agresif China.

Semasa persidangan keselamatan di Singapura pada Sabtu lepas, Carter berkata, “tindakan China di Laut China Selatan adalah suatu tindakan yang melanggar peraturan dan norma antarabangsa.”

Washington menuduh Beijing sedang melaksanakan program besar “land reclamation” di kepulauan Spratly, dan mendakwa tuntutan wilayah perairan China ke atas pulau-pulau buatan mereka akan membahayakan (dari sudut ketenteraan) di rantau itu.

Tuntutan wilayah perairan China di Laut China Selatan bertindih dengan wilayah perairan Brunei, Malaysia, Vietnam, Taiwan, Japan dan Filipina.

Presiden Obama mengeluarkan arahan eksekutif itu pada Oktober, yang membenarkan penjualan senjata membunuh kepada Vietnam untuk tujuan keselamatan maritim.

Senator AS John McCain, yang juga merupakan Pengerusi Senate Armed Services Committee, minggu ini, beliau dijadual akan mengusulkan peraturan di Kongress bagi menggubal dan mengubah semula larangan menjual senjata membunuh kepada Vietnam.

Sumber : PressTV

 

Authors

Related posts

*

Top