Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB); Ancaman Atau Kemajuan Kepada Ekonomi Dunia?

aiib

aiib

Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB)

AIIB DI AWAL PEMBENTUKAN

– Diperkenalkan buat pertama kalinya oleh China pada tahun 2013; Oktober 2014, pelancaran AIIB di Beijing, dihadiri delegasi dari 21 negara termasuk India, Thailand, Malaysia

– Bertujuan menjana institusi-institusi yang berfokus kepada keperluan infrastruktur di Asia kesinambungan daripada perkembangan populasi di Asia

– Amerika Syarikat dan Jepun antara Negara yang dapat menghidu ancaman yang bakal dihadapi berikutan penubuhan AIIB

– Antara Negara yang telah menyatakan persetujuan kepada pembentukan AIIB dan menyatakan hasrat penyertaan; Australia, German, United Kingdom.

KONTROVERSI AIIB

– AIIB bakal mengganggu gugat pelaksanaan institusi sedia ada seperti World Bank dan International Monetary Fund (IMF)

– Kebangkitan ekonomi dan geo-politik China; China berkemungkinan besar berhasrat menggantikan peranan Amerika Syarikat dalam penguasaan ekonomi dunia

CHINA DAN ORGANISASI-ORGANISASI ANTARABANGSA

– Selepas Perang Saudara di China, Chiang Kai-shek (kewarganegaraan: Taiwan) kekal sebagai perwakilan China bagi organisasi-organisasi antarabangsa; mencetus pemulauan oleh kerajaan Soviet pada awal Perang Dingin

– China seterusnya menarik diri daripada penyertaan ke dalam organisasi-organisasi antarabangsa berikutan keahlian serta Taiwan dalam badan-badan berkenaan; Universal Postal Union, World Meteorological Organization

– Akhirnya, tiada langsung keahlian mahupun perwakilan China menjelang tahun 1960 dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua

– Namun, China memberi tekanan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa tersebut dari luar; Zhou Enlai, menggalakkan Indonesia yang berada di bawah pemerintahan Presiden Sukarno pada ketika itu untuk mencabar perlembagaan-perlembagaan yang digariskan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berkenaan
China dikecualikan daripada penyertaan ke dalam Sukan Olimpik; namun China telah menghantar delegasi terbesar dan membawa pulang sebahagian besar pingat pada Kejohanan Atletik Sukarno, “Games of the New Emerging Forces” yang sebenarnya bertujuan mencabar Sukan Olimpik

– 1965, Indonesia turut menarik diri daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas China. Presiden Sukarno berhasrat melahirkan sebuah pertubuhan baru, “New Emerging Forces Organization (NEFO)” yang sedikit sebanyak berjaya meraih kebimbangan kepada policymakers Amerika Syarikat. NEFO tidak terlaksana selepas kejatuhan kerajaan pimpinan Presiden Sukarno dan Indonesia kembali menjadi ahli PBB setahun kemudian

AIIB DAN BANTUAN KEWANGAN ANTARABANGSA

– terdapat sekurang-kurangnya 28 organisasi-organisasi antarabangsa yang telah mempunyai hala tuju pembangunan yang sama seperti AIIB; termasuklah 29 ahli Development Cooperation Directorate of the Organization for Economic Cooperation and Development. China merupakan ahli dalam organisasi tersebut

– banyak juga badan-badan dan firma-firma bukan kerajaan yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan ini

– anggaran kasar menunjukkan pengeluaran tahunan Asian Development Bank (ADB) dan Inter-American Development Bank; sumber kewangan Amerika Syarikat, adalah bersamaan dengan 40 peratus daripada pengeluaran Bank Dunia

– United Nation Development Programme (UNDP), ditubuhkan pada 1966 di bawah PBB . Sebuah agensi utama dalam pembangunan ekonomi antarabangsa. Kuasa-kuasa besar dunia menarik diri daripada penyertaan ke dalam UNDB berikutan manfaat ekonomi dan pembangunan yang tidak setimpal dengan sumbangan mereka. Bayangkan Amerika Syarikat yang menyumbangkan sejumlah besar wang kepada UNDB, memperoleh semula nilai yang sama dengan negara-negara seperti Nepal yang hanya menjadi penerima bantuan UNDP.

– Natijahnya, UNDP ketandusan sumber ditambah dengan inflasi dunia, pengeluaran UNDP hari ini hanya mungkin separuh daripada kemuncak pengenalannya pada 1981

IMPLIKASI UNDP KEPADA AIIB

– PERTAMA, organisasi bantuan antarabangsa mestilah accountable kepada pemegang-pemegang amanah

– sekiranya AIIB hanya didominasi oleh China, negara-negara ahli lain akan merasakan ketidakpentingan mereka; sekaligus menukar pandangan daripada menyertai AIIB dan meletakkan AIIB dalam keadaan ketandusan sumber seperti mana yang telah berlaku kepada UNDP.

– AIIB sudah semestinya tidak mampu mengatasi organisasi-organisasi antarabangsa sedia ada

– KEDUA, untuk mengekalkan standard dan accountability dalam organisasi-organisasi sedia ada hari ini sudah cukup sukar, kemasukkan AIIB sebagai penyumbang ekonomi baru dunia dilihat tidak akan membawa banyak perubahan kepada standard sosial sedia ada

KUASA INSTITUSI

– penggubal polisi kewangan seluruh dunia berpendapat sekiranya China berjaya melalui pembentukan AIIB, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya akan mengalami kerugian

– Namun, pengusaan ekonomi dunia bukan seperti penguasaan ketenteraan; melalui pengusaan senjata dan penaklukan wilayah tetapi memerlukan kerjasama dan persetujuan antarabangsa, yang dapat dilihat setakat ini melalui pembentukan AIIB

– AIIB bermotifkan kepelbagaian cabang (multilateralism) bertujuan menguasai dunia; motif yang dilihat oleh pakar-pakar ekonomi dunia yang boleh membantutkan usaha monopoli China ke atas negara-negara anggota

– Multilateralism dipraktikkan oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua; mengehadkan keupayaan kuasa-kuasa besar memperoleh apa yang mereka kehendaki

– Dari sudut positif, multilateralism membolehkan perkembangan infrastruktur di China khususnya dan di Asia amnya; turut memberi keuntungan kepada firma-firma besar dari Eropah

– Keahlian Amerika Syarikat ke dalam AIIB dilihat hanya akan mempengaruhi China dan AIIB secara langsung, namun tidak menjejaskan kuasa besar tersebut. Penyertaan Amerika Syarikat mungkin bakal meluaskan pengusaan ekonomi Asia oleh China. China mempunyai dua pilihan; bertolak ansur dengan negara-negara ahli atau bersifat dominan

KONFLIK KERJASAMA

– Amerika Syarikat menguasai Bank Dunia, Jepun menguasai Asian Development Bank, Kesatuan Eropah menguasai European Bank; China juga mahu menguasai AIIB

– AIIB membuka mata dunia akan kebangkitan China untuk mendapatkan pengaruh antarabangsa selepas Jepun

– Mungkinkah usaha untuk mengekalkan hubungan baik antara Amerika Syarikat dan China juga Amerika Syarikat dan Jepun hanyalah salah satu jalan yang diambil oleh dua kuasa besar Asia ini dalam proses menakluk ekonomi dunia?

Oleh : Nureen Fatin Syafiqa Adnan

Authors

*

Top