Berapa banyak bom Amerika gugurkan sepanjang tahun 2016?

Mengikut satu kajian dan statistik yang dikeluarkan oleh laman CFR (Council on Foreign Relations), sepanjang tahun 2016 sebanyak 26,172 bom telah digugurkan oleh Amerika Syarikat. Dengan majoritinya (24,287) di Syria dan Iraq sahaja.

Baru-baru ini dunia dikejutkan apabila Amerika Syarikat melancarkan MOAB “Mother of all bombs” ibu segala bom di Afghanistan, yang dipercai menurut sumber BBC berjaya membunuh seramai 36 orang militan Daesh. Bom itu dipercayai sebagai bom bukan nuklear yang sangat besar kesan letupannya, seberat 21,600 pound.

Pada 8 April yang lepas, sehari sebelum Trump mengadakan perjumpaan bersama Xi Jinping, beliau telah mengeluarkan arahan ke atas 2 kapal perang Amerika Syarikat di laut Mediteranean, USS Ross dan USS Porter, untuk menembak 59 peluru berpandu Tomahawk ke Syria. 

Mengikut satu analisis yang dikeluarkan Al Jazeera, Trump sebenarnya hanya mengikut arahan melalui penasihat-penasihat perangnya, seperti Mattis, McMaster dan juga Kelly yang mengawal polisi keselamatan nasional Amerika Syarikat.

Jika dilihat kepada senario kegilaan yang bakal dilakukan Trump. Kita menjangkakan senario yang lebih teruk akan berlaku di Timur Tengah, dengan pertembungan yang tidak berkesudahan atas alasan untuk memerangi militan Daesh dan objektif untuk mengukuhkan kuasa Israel di rantau tersebut.

Oleh:

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Authors
Tags , ,

Related posts

*

Top