Apakah Hubungan Qatar, Ikhwanul Muslimin(IM) & Hamas ?

Qatar-Hamas-Ikhwan menjadi tumpuan di rantau arab ketika ini.

Hubungan Qatar & Ikhwan

1) Qatar mula menemui minyak pada awal tahun 1930an dan mula mengeksport minyak pada tahun 1940. Hasil dari pembangunan ekonomi ini Qatar mula membangunkan negara secara agresif. Ketika awal proses pembangunan Qatar, Qatar lebih menumpukkan pada sistem pendidikan. Tetapi Qatar memerlukan modal insan kerana Qatar tidak pernah melakukan pelaburan dalam sistem pendidikan. Qatar memerlukan pakar-pakar untuk membangunkan negara.

2) Pemimpin Ikhwanul Muslimin dari Mesir dan United Arab Emirates(UAE) memainkan peranan yang kritikal didalam pembangunan sistem pendidikan Qatar. Abdul Baqi’ Saqr telah dilantik pengarah pendidikan pertama pada tahun 1954 setelah tiba dari Mesir. Dengan lantikan beliau sebagai pengarah pendidikan, ramai ahli Ikhwan dari luar negara yang bekerja sebagai guru menyertai beliau datang ke Doha dan membangunkan sistem pendidikan Qatar. Izz al Din Ibrahim dari UAE juga merupakan diantara jawatankuasa penasihat Qatar Faculty Of Islamic Studies. Abdul Muaz al-Sattar dilantik menjadi pengarah Islamic Science di kementerian pendidikan. Dr. Kemal Naji dari Mesir pula telah menjadi pengarah pendidikan pada tahun 1964 sehingga 1979. Andrew Hammond menggelar Qatar sebagai “mini-ikhwanistan”

3) Qatar telah meletakkan syarat bahawa mereka akan menyokong ikhwan dengan syarat ikhwan tidak melawan regim Qatar. Ketika berlaku reformasi pada tahun 1990an di Qatar, IM mengambil keputusan untuk tidak bersuara secara vokal kerana IM menghadapi tekanan di rantau arab. IM tidak mahu mengambil risiko untuk merosakkan hubungan mereka dengan Qatar.

4) Media al-jazeera yang merupakan antara media paling berpengaruh di dunia dan dunia arab yang didanai oleh Qatar menjadi pentas pemimpin dan ulama’ IM untuk menyuarakan pandangan dan menyebarkan idea mereka sekaligus menjadikan Al-Jazeera berharga buat IM. Penting bagi IM untuk menjaga hubungan dengan Qatar bagi terus mendapat kelebihan ini.

5) Antara sebab IM memilih Qatar sebagai tempat perlindungan adalah kerana Qatar mengamalkan dasar terbuka serta mempunyai kestabilan politik & ekonomi berbanding dengan negara arab lain dan juga Qatar memerlukan modal insan bagi pembangunan pendidikan negara mereka. Pimpinan dan ahli IM menghadapi tekanan, diseksa, ditangkap atau dibunuh di negara seperti Mesir, Syria, Iraq, Jordan dan mereka diharamkan di Saudi Arabia dan United Arab Emirates (UAE). Atas sebab itu, Qatar menjadi destinasi terbaik untuk mereka mendapatkan perlindungan.

Hubungan Qatar & Hamas

1) Hamas memerlukan external patron kerana keadaan kewangan yang sangat terhad di Gaza. Kerana itu Hamas mencari dana kewangan dari negara lain.

2) Menurut kenyataan Khalid Mesh’al, Hamas dan Qatar telah mula bekerjasama semenjak awal tahun 1990an ketika itu Sheikh Hamad masih Putera Raja Qatar.

3) Dalam satu temuramah, Khalid Mesh’al telah berkata ” Terdapat kawasan yang lebih selamat dari yang lain, saya telah menghadkan pilihan saya kepada Doha dan Damascus. Saya berasa tenang di Doha dan Damascus.”

4) Qatar menyalurkan kewangan terus kepada Hamas. Pada Januari 2006, Qatar telah memberikan sebanyak $50 Million kepada kerajaan Hamas di Gaza dan $10 Million kepada Hamas pada tahun 2009. Ibtimes UK pada tarikh 28 Februari 2012 melaporkan, Qatar bersetuju memberikan $250 Million kepada kerajaan Hamas untuk pembangunan infrastruktur dan pembangunan Gaza.

5) Senator John Kerry mengkritik Qatar di dalam ucapannya di Brookings Institute dengan berkata “Qatar tidak boleh berterusan menjadi sahabat Amerika Syarikat pada hari isnin dan menghantar duit ke Hamas pada hari Selasa.”

6) Dalam satu laporan​ Financial Times pada Nov. 30, 2011 tentang “Why we should not fear Hamas”, Sheikh Hamad bin Jasim berkata ” Kita tidak patut takut kepada mereka, mari kita bekerjasama dengan mereka. Kita tidak patut ada masalah dengan mereka yang bergerak didalam norma undang-undang antarabangsa, mendapat kuasa dan menentang pengganas”

7) Sokongan Qatar kepada Hamas datang bersyarat. Hamas tidak akan melakukan aktiviti yang boleh menggugat kestabilan regim Qatar. Qatar juga bertindak sebagai mediator dalam konflik Hamas-Israel. Hubungan Qatar-Hamas ini penting bagi diplomasi dengan negara haram israel ketika konflik berlaku bagi menjamin keselamatan penduduk palestin.

Amirul Asyraf
Penganalisis IRIS Institute

Sri Lanka terjatuh dalam perangkap pelaburan China?

1. Pada April 2016 yang lalu, Sri Lanka memohon untuk melakukan pertukaran ekuiti dengan China dengan membenarkan pemilikan ekuiti syarikat China ke atas syarikat milik kerajaan (SOE) Sri Lanka.

2. Hal ini berlaku kerana kerajaan Sri Lanka tidak mampu membayar balik hutang $8 billion dolar dalam beberapa projek infrastruktur yang dilaksanakan dibawah projek One Belt One Road China, antaranya adalah, projek Perlabuhan Hambantota dan juga Lapangan terbang Mattala. Hal ini boleh kita lihat melalui ucapan Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe September 2016 yang lalu.

“We are unable to continue paying off the debts of the Hambantota Port and the Mattala Airport while all efforts have been taken to keep SriLankan Airlines from winding up,” the Prime Minister said.

3. Bloomberg dalam satu laporan bertajuk “Sri Lanka’s Hambantota Port And The World’s Emptiest Airport Go To The Chinese” – Perlabuhan Hambantota dan Lapangan Terbang Paling Kosong di dunia jatuh ke tangan China, mendedahkan mengapa perkara ini terjadi.

 

Anda boleh perhatikan pada kotak merah: Perlabuhan Kuantan dan Perlabuha Hambantota

4.Projek infrastruktur yang pada mulanya bertujuan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Sri Lanka, bertukar menjadi musibah kepada negara itu sendiri. Hal ini kerana, projek ini diselebungi beberapa kepentingan. Antaranya isu korupsi dan rasuah Rajapaksa, bekas Presiden Sri Lanka (beliau dituduh menyalahgunakan dana kerajaan semasa projek ini dilaksanakan) , krisis hutang Sri Lanka, serta kesempatan yang diambil oleh China kerana lokasi Sri Lanka yang strategik dari sudut geografinya. China melihat ini satu peluang kerana Sri Lanka telah disenaraikan sebagai hub utama, dalam 21st century Maritime Silk Road. Perlabuhan Hambantota, yang terletak di Selatan Sri Lanka, adalah sebahagian daripada laluan maritim sutera yang akan China bina.

5. Di Malaysia, perlabuhan Kuantan termasuk dalam rangka projek OBOR ini. Malaysia juga membenarkan 40% pemilikan ekuiti asing terhadap pemilikan perlabuhan. Dasar baru yang diperkenalkan, berikutan projek One Belt One Road China ini.

80% pemilikan Perlabuhan laut Dalam Hambantota menjadi milik China Merchants Holding. Gambar: Wade Shepard.

5. China meminta 15 000 hekar tanah lagi di Hambantota untuk projek zon ekonomi khas (special economic zone) kerana Sri Lanka tidak mampu membayar balik hutang China. Mengikut pelan yang akan dilaksanakan, 80% pemilikan Perlabuhan laut Dalam Hambantota menjadi milik China Merchants Holding, dan IZP,  Firma tekonologi maklumat China akan mengambil alih lapangan terbang Mattala. Di samping 15 000 ekar tanah yang akan dipajakkan selama 99 tahun sebagai tukaran hutang sebanyak $1.1 billion dolar.
6. Pelan ini mendapat protes yang sangat besar oleh rakyat, tetapi Perdana Menteri Sri Lanka menegaskan bahawa projek ini akan mengeluarkan Sri Lanka daripada kemelut ekonomi dan menjadikan Sri Lanka sebagai negara yang berpendapatan tinggi.

“If we miss this chance now, we are going to miss it altogether,” he said while speaking to a crowd assembled at the Institution of Engineers last week.

7. Persoalan yang boleh kita utarakan di sini, adakah pelaburan ini akan menguntungkan negara terbabit, atau ianya satu bentuk penjajahan dalam bentuk yang tidak disedari? Lebih penting lagi, adakah China benar-benar ikhlas menolong ataupun terdapat sebarang tipu muslihat?

Saya tutup artikel pada kali ini dengan satu strategi Sun Tzu yang dipetik daripada buku China Safari: On The Trail of Beijing Expansion in Africa

To defeat your enemy first offer him help so that he slackens his vigilance; to take, one must first give

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Kebinasaan yang dibawa Kuasa Tanpa Wahyu

euroc

Apabila kita berbicara tentang perhubungan antara tamadun, ada titik besar yang harus kita fahami sebelum merangka satu-satu perhubungan. Perhubungan di sini merujuk kepada perhubungan tamadun Islam dengan tamadun-tamadun yang selain daripada Islam.

Perhubungan ini boleh berlaku dalam dua situasi, situasi pertama di mana tamadun Islam berada dalam keadaan yang kuat, manakala situasi kedua pula berlaku dalam keadaan tamadun Islam lemah ataupun belum ditegakkan lagi.

Apabila perhubungan ini berlaku pada situasi pertama iaitu situasi tamadun Islam berada dalam keadaan yang kuat, kita mempunyai keupayaan dan kapasiti, ataupun istilah yang lebih tepat iaitu kuasa untuk menapis mana yang baik dan mana yang buruk. Perkara yang positif dan baik boleh diambil dan digunakan demi membangunkan tamadun kita. Manakala mana-mana yang buruk pula kita padam ataupun perangi sekiranya kedatangan itu berlaku dalam satu bentuk pemaksaan atau penjajahan budaya. Perlu difahami bahawa keupayaan untuk menapis memerlukan kepada kekuatan. Ini kerana tamadun yang lemah tidak akan mampu untuk menapis keburukan dan akan merelakan sahaja penajajahan tamadun ini berlaku dan merosakkan tamadun mereka.

Begitulah situasi kedua ini berlaku. Bilamana kita mengatakan tamadun Islam lemah, kita juga mengakui bahawa kuasa Islam lemah pada ketika itu. Apakah implikasi dan kesan yang diterima oleh sebuah negara yang lemah jika didatangi oleh kuasa lain yang kuat?

Allah mengajarkan kita dalam Surah An Naml, ayat 34 yang berbunyi,

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖوَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Dia berkata: “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.”

Ibn Asyur ketika menafsirkan ayat ini dalam kitab tafsirnya At-Tahrir wa At Tanwir, menerangkan bahawa ayat ini adalah satu hakikat sejarah yang difahami oleh Ratu Saba’ – iaitu Ratu Balqis. Komponen pertama dalam surah ini menerangkan tentang hakikat sejarah pada masa lalu.

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً

“Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina.”

Ayat ini memberi gambaran bahawa ianya adalah satu hakikat sejarah, bilamana ada suatu kuasa yang datang, ianya akan membinasakannya. Dalam konteks di sini bermaksud menajajah dari sudut ekonomi, menjarah tanah, menghancurkan budaya, merosakkan sistem pentadbiran sedia ada, dan akhirnya tindakan ini menukar status quo rakyat di bumi terbabit, dari seorang yang merdeka kepada menjadi hamba kepada kuasa luar yang datang itu.

Dan komponen kedua pula senario ini adalah hakikat sunnah alam yang akan berlaku selama-lamanya pada masa depan.

وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

“dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.”

Inilah titik penting yang harus kita fahami dalam mendalami perhubungan antara tamadun ini. Umat Islam pada hari ini seharusnya memahami dengan jelas dan mendalam, pada takar mana ukuran kekuatan tamadun mereka sebelum berhubungan dengan tamadun-tamadun besar di dunia seperti tamadun Barat dan tamadun China. Adakah perhubungan ini akan mendatangkan kebaikan yang lebih besar, atau lebih kepada mudarat.

Pada tulisan yang akan datang, saya akan mengupas bagaimana tindakan Ratu Balqis secara diplomasinya dalam menghadapi situasi ini.

Syed Ahmad Isra’
COO IRIS Institute

Usaha Men”China”kan Malaysia?

480882908

1) Saya menyambut baik dan menyokong laporan akhbar di Sinar Harian tulisan tokoh wartawan Negara A.Kadir Jasin, berjudul “Bahaya terlalu rapat dengan China”

2)Beliau memberikan beberapa fakta yang sangat relevan agar kita sama-sama perhalusi dalam keadaan politik negara yang semakin rapuh. Antaranya adalah jalinan kerjasama terus antara MCA (Persatuan Cina Malaysia), dan Parti Komunis China (CCP).

3)MCA dan CCP (Parti Komunis China) berikrar, akan mempertingkatkan perkongsian pengalaman di kalangan pemimpin kedua-dua buah parti. Sepanjang mengikuti perkembangan isu One Belt One Road (OBOR) beberapa tahun lepas di surat khabar milik MCA, The Star, (anda boleh melihat laporan khusus mengenai isu ini, tidak di akhbar lain) perhubungan politik MCA dan CCP dilihat terlalu akrab, ibarat abang dan adik.

4)Campur tangan China secara terus dengan mengunakan MCA sebagai pembantu. Hal ini boleh diperhatikan melalui tindakan Duta China, Huang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi melindungi kepentingan peniaga-peniaga China di sana. Turut mengiringi beliau pada waktu lawatan itu adalah Datuk Ang Say Tee, beliau merupakan pengerusi Persatuan Peniaga & Penjaja Kuala Lumpur dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MCA Ampang.

5) MCA – menganjurkan bersama China Economic Cooperation Centre dalam dialog yang dihadiri peniaga daripada China dan Malaysia seramai 250 orang. Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, setiusaha MCA, Ong Ka Chuan dan Zhou Li, Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) adalah antara yang hadir pada majlis itu

6)Anda boleh memerhatikan pola isu di berita, dengan melihat apa perkembangan terkini yang MCA cuba lakukan, bukan dari sudut ekonomi sahaja malahan jauh sehingga kepada pendidikan dan juga budaya. Anda boleh lihat sendiri di laman rasmi MCA.

i) Malaysia working to get SPM Chinese paper recognised by CHINA – The Star

ii) KUALA LUMPUR: MCA will push for the Public Service Department (JPA) to recognise degrees and higher education programmes offered by over 800 universities in China, which are accredited with the Malaysian Government Qualifications Agency (MQA). – The Star

iii) MCA: Maintain ‘ CHINA town’ – The Star

iv) MCA Youth-Scholarships to study TCM in CHINA – The Star

v) CHINA groups plan international schools in M’sia – The Star

vi) Festival chairman Datin Paduka Chew Mei Fun said the arts and culture forum is an initiative by the Malaysia-China Friendship Asso­ciation in collaboration with Xinhua News Agency.

“When we touch on the topic of One Belt One Road, the emphasis is usually on economy, politics, and other topics, but not culture and arts,” she said.

vii) Malaysia to send troops for CHINA ’s military parade commemorating WW2 anniversary – The Star

viii) Connectivity with CHINA a priority – The Star

ix) ‘High time to implement visa-free entry for CHINA tourists’

7) Persoalan yang terbesar yang kita boleh tanyakan adalah, apa sebenarnya yang MCA telah lakukan? Tuntutan-tuntutan ini adalah tuntutan yang besar. Apakah yang akan dikongsi oleh MCA kepada CCP? Sudahkan MCA jelas dengan garis panduan diplomasi oleh kementerian luar negeri? Atau bergerak secara silo dan sendiri sehingga boleh mengabaikan kedaulatan negara?

8) Kerajaan harus memandang serius terhadap usaha ini, jangan hanya melihat kepada keuntungan ekonomi semata-semata. Dengan pentadbiran sedia ada, tuntutan ini berjalan bagai tiada henti. Jangan sampai tiba pada satu titik ianya tidak dapat diberhentikan.

Berhati-hati, jangan terlalu rapat dengan China. Ada titik pemisah yang perlu kita fahami dalam diplomasi.

 

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Projek OBOR dan Kejatuhan Kerajaan Melaka

 

14222127_1438064429543960_7253483539832521241_n

1) Membaca laporan The Edge beberapa hari lepas tentang perjanjian yang baru termeterai dalam projek Malacca Gateway yang menelan belanja sebanyak RM 30 billion melibatkan kerajaan China di bawah projek One Belt One Road, sangat mengusarkan hati.

2) Bukan sedikit projek-projek ini telah berjaya termeterai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan sedikit jumlah hekar tanah yang telah dibeli. Melaka Gateway ini sahaja merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar) di Selat Melaka. Belum lagi jika kita lihat apa yang berlaku di Johor.

3) Sepanjang tahun 2012 hingga 2014, syarikat hartanah terbesar China seperti Country Garden, R&F Properties dan Greenland Group membeli aset-aset tanah yang strategik, jika kita lihat perancangan yang bakal mereka bangunkan seperti Forest City, 3400 ekar menghubungkan Nusajaya di Johor dan Tuas di Singapura , Greenland Group pula ingin membangunkan bandar sebesar 3000 ekar di Pasir Gudang.

4) Projek-projek ini juga mengambil model Hong Kong dan juga Shenzen untuk dibangunkan. Hal ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya. Adakah sekadar satu “perniagaan” sahaja mereka masuk dan melabur besar membeli hartanah kita? Tanpa ada sebarang niat lain?

5) Jika kita melihat kembali catatan sejarah, iaitu Hikayat Hang Tuah, pada bab 28, iaitu bab terakhir hikayat ini dikisahkan mengenai episod tentang kedatangan Portugis dengan penuh tipu helah datang ke Melaka. Mereka, orang Portugis sibuk pada ketika itu membeli tanah di Melaka, kononnya untuk membina gedung perniagaan. Sultan dan orang Melayu percaya bahawa mereka tiada niat yang jahat, hanya sekadar mahu berniaga. Tetapi, sebaliknya berlaku, mereka telah membawa masuk senjata dan meriam ke gedung itu. Ketika sudah siap segala persiapan mereka, maka mereka menyeranglah Melaka. Jatuhlah sudah Melaka ke tangan Portugis disebabkan oleh kenaifan orang Melayu dalam memahami percaturan dan strategi musuh.

6) Lebih 500 tahun peristiwa ini berlaku, dan sepanjang belahan sejarah, peristiwa ini masih terus berulang, berulang dan terus berulang. Tidakkah kita mahu mengambil pengajaran?

 

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Top