China Bakal Sertai TPPA?

BEIJING, China - Chinese President Xi Jinping (R) and U.S. President Barack Obama attend a joint press conference in Beijing on Nov. 12, 2014, following their meeting. They agreed to reduce the risk of military conflict and combat climate change. (Kyodo)

BEIJING, China - Chinese President Xi Jinping (R) and U.S. President Barack Obama attend a joint press conference in Beijing on Nov. 12, 2014, following their meeting. They agreed to reduce the risk of military conflict and combat climate change. (Kyodo)

Minggu ini, 12 anggota Trans-Pacific Partnership (TPP) telah bersetuju dengan perjanjian gergasi yang melibatkan rantau Asia Pasifik. Perjanjian tersebut selesai setelah lima tahun proses rundingan yang melibatkan beberapa buah negara termasuk Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Walaubagaimanapun , China selaku pemegang kuasa ekonomi kedua terbesar dunia tidak tersenarai dalam perjanjian ini.

Respons China terhadap TPPA

1. Beijing lebih cenderung kepada sikap tunggu dan lihat terhadap perjanjian dagangan tersebut. Akan tetapi, mereka tetap berhati-hati terhadap permainan TPP. Sebagai respons kepada perjanjian yang baru diumumkan, jurucakap dari Kementerian Perdagangan China berkata bahawa mereka sentiasa terbuka terhadap sistem perdagangan baru yang mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh World Trade Organization, serta sistem yang menggalakkan intergrasi ekonomi di Asia Pasifik.

2. Buat masa ini, China sedang menumpukan perhatian mereka terhadap rancangan ekonomi mereka, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), sebuah perjanjian perdagangan bebas yang akan merangkumi kesemua sepuluh negara-negara ASEAN. Hal ini disebabkan perbincangan RCEP secara rasminya telah bermula pada November 2012.

3. Awal tahun ini, Menteri Luar China, Wang Yi, telah melahirkan harapan bahawa perbincangan RCEP akan berakhir pada 2015. Kesimpulan dari TPP ini seolah-olah menjadikan matlamat tersebut lebih menarik untuk Beijing.

TPPA beri kesan negatif kepada China

1.Menurut sebuah kajian dilakukan oleh Peter A. Petri dari Peterson Institute for International Economics dan Michael G. Plummer dari Johns Hopkins University pada tahun 2012, mereka menganggarkan bahawa China akan menyaksikan penurunan pendapatan sebanyak $47 bilion jika TPP berjaya dilaksanakan.

2. Menurut sebuah akhbar China, Xinhua – China mengakui bahawa dalam jangka masa pendek, ekonomi negara tersebut akan mengalami kesan buruk pada tahap tertentu sekiranya TPPA dilakukan.

3. Xinhua juga berkata bahawa China telah menunjukkan corak ‘deep-seated, high-standard, and comprehensive’ terhadap pembukaan perdagangan luar negeri, dengan mengambil contoh perjanjian perdangan bebas baru dengan Korea Selatan dan Australia sepertimana rundingan RCEP dengan projek ‘Belt and Road’ China.

Kesimpulannya, walaupun China belum menyertai TPP sekarang, ada kebarangkalian China akan berusaha untuk menyertainya pada masa yang lebih sesuai di masa akan datang.

 

Susunan oleh: Muhamad Haiqal

Sumber: TheDiplomat

Authors
Tags

Related posts

*

Top