China: Kezaliman Tanpa Henti Terhadap Muslim Uyghur

B313AB50-7569-442C-9D01-9F566E89DA91_mw1024_n_s

women-and-army

Urumqi, Xinjiang, mungkin satu nama yang asing bagi kebanyakan umat islam dan dipandang sebelah mata oleh kuasa dunia, namun disini merupakan tempat di mana etnik kedua Islam terbesar iaitu Etnik Uyghur, selepas etnik Hui di China. Golongan Uyghur diklasifikasikan sebagai 1 daripada 54 golongan minoriti manakala golongan Han berkuasa di Urumqi.

Penindasan terhadap golongan Islam Uyghur bermula apabila mereka menemui kegagalan dalam menjatuhkan Pemerintah Xinjiang yang mempunyai kaitan dengan Soviet Union pada ketika itu. Semenjak daripada peristiwa yang dikenali sebagai Pemberontakan Kumul di mana puak Uyghur bekerjasama dengan Jeneral Cina Islam Ma Zhongying, konflik yang berlanjutan tercetus diantara kaum Cina Han, Kerajaan China, dan Uyghur Islam.

Ketegangan ini bertambah apabila kerajaan China:

1. Menafikan hak pekerjaan buat Etnik Uyghur di mana 88% pekerjaan diberikan kepada golongan Han.

2. Melihatkan realiti pendapatan per kapita golongan Han yang jauh lebih tinggi.

3. Pelancong sering diuar-uarkan akan pencuri dan penyeluk saku dari golongan Uyghur

4. Tuduhan golongan Han bahawa golongan Uyghur menerima layanan yang tidak berbelah bahagi dari kerajaan seperti hak kebebasan beragama dan pengecualian dari polisi “one-child” namun tuntutan ini tiada asas dan tidak pernah dijumpai kesahihanya,bahkan kerajaan menghadkan perjalanan serta kebebasan mengamalkan agama serta mengenakan hukuman secara kejam bagi kesalahan mereka.

Tindakan kerajaan China yang tidak berasas ini menyebabkan tercetusnya pelbagai rusuhan. Peristiwa letupan Bas di Kunming dan serangan selepas Olympic 2008 menyebabkan kerajaan China semakin bertindak kejam ke atas etnik Uyghur, walaupun serangan keganasan bukanlah dilakukan dari masyarakat Islam Uyghur.

Rentetan dari peristiwa tersebut, kerajaan China mengisytiharkan insiden ini sebagai “9/11 China” dan ini memberikan alasan untuk kerajaan melakukan tindakan keras sesuka hati terhadap golongan Islam Uyghur tanpa tindak balas pihak antarabangsa.

Malah, kezaliman kerajaan China terhadap Islam Uyghur berterusan dari semasa ke semasa:

1. Pada tahun 2009: Berlaku rusuhan Urumqi dan “pembunuhan beramai-ramai” oleh kerajaan China.

2. Pada tahun 2014: kerajaan China telah mengharamkan puasa bagi pekerja civil dan kanak-kanak yang bersekolah.

3. Kerajaan mengharamkan tudung, hijab, berpakaian islamik, berjanggut panjang untuk menaiki bas.

4. Pada tahun 2015: burqa diharamkan dipakai di Urumqi.

5. Polis menahan mereka yang berjilbab serta menembak secara tidak berperikemanusian terhadap perusuh Islam Uyghur.

6. Himpunan damai bertukar menjadi rusuhan ganas apabila pihak pemerintah menggunakan kekerasan ke atas Kaum Uyghur.

Kezaliman tanpa henti kerajaan China kepada Islam Uyghur dapat dilihat seperti tiada penghujungnya. Pelbagai reaksi antarabangsa diterima namun tiada tindakan yang diambil oleh mana-mana kuasa besar dunia.

 

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi

Kajian Ideologi Barat & World Order, al-Quds Centre for Studies & Development

 

Susunan: Khadijah Hanim

 

Authors
Tags ,

Related posts

*

Top