China menjadi sekutu strategik Israel, berikutan kekenduran hubungan dengan Amerika

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu gestures as he delivers a speech at the Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations on February 14, 2016 in Jerusalem. / AFP / GALI TIBBON        (Photo credit should read GALI TIBBON/AFP/Getty Images)

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu gestures as he delivers a speech at the Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations on February 14, 2016 in Jerusalem. / AFP / GALI TIBBON (Photo credit should read GALI TIBBON/AFP/Getty Images)

Pendekatan Netahanyu terhadap polisi luar Israel mulai berubah dengan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan China, March lalu, negosiasi bersama dengan Jepun, menjadi hos kepada kerajaan Singapura sempena kedatangan para pemimpin mereka ke sana, juga mengadakan pertemuan bersama Putin di Moscow minggu lepas untuk membincangkan tentang krisis Syria. Dan dijangka selagi lagi akan hadir pada June ini ke Moscow, menjadikan pertemuan ini kali ke 3 dalam masa 10 bulan.

Israel mencari aliansi yang baru berikutan kekenduran hubungan dengan negara Eropah Barat dan juga Amerika Syarikat. Serta prestasi ekonomi yang sangat memberangsangkan China, Israel perlu mencari pakatan baru. Jumlah dagangan ke China dicatatkan meningkat kepada $3.2 billion daripada $1.3billion. Jumlah eksport ke Asia meningkat kepada $17.7 billion pada 2015 dibandingkan $12.2 billion pada 2008. Jumlah dagangan ke China meningkat kepada 11% dan penurunan jumlah dagangan ke Amerika Syarikat menurun kepada 7.5%. Walaupun begitu Amerika Syarikat masih penderma terbesar kepada Israel dengan bantuan sebanyak $3.1 billion setiap tahun, dan negara kesatuan Eropah masih rakan dagangan utama.

Israel, mahukan rakan-rakan dagangan ini memberikan sokongan politik kepada Israel. Ini terbukti apabila India menunjukkan sokongan kepada Israel, selepas menarik undian di UN Human Rights Council, Julai lalu yang mensabitkan Israel kepada kesalahan jenayah perang. Negara lain terlibat seperti kesatuan Eropah, Kenya dan Ethiopia. Dan Israel mahu meningkatkan lagi, dagangan ke sana.

Oleh: Asyraf Farique

Sumber: Bloomberg

 

Authors

Related posts

*

Top