Davutoğlu : Al-Aqsa Milik Kita Selamanya

davutoglu_amasya_625-jpg20150521212203-jpg20150521235903

Perdana Menteri Turki, Ahmed Davutoğlu berkata “Masjidil Aqsa adalah milik kita selamanya, dan hanya Allah dan sejarahnya menjadi saksi.” Beliau menegaskan bahawa kerajaan Turki tidak akan bekerjasama atau bersekutu dengan mana-mana pihak yang telah ‘mengotori’ tanah suci itu. Ucapan ini dibuat di hadapan para penyokong parti AK (AKP) di Amsya (Utara Turki), pada Khamis lepas. Perhimpunan penyokong Parti AK itu diadakan sebagai kempen parti tersebut menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan bermula bulan hadapan.

Beliau tegas mengkritik kenyataan yang dibuat oleh beberapa pimpinan pembangkang yang ingin memperbaiki hubungan dengan rejim Israel. Sebelum ini, Selahattin Demirtaş, Ketua Parti Demokratik Rakyat (HDP), , dan Kemal Kılıçdaroğlu, Ketua Parti Rakyat Republik (CHP) telah mengkritik pentadbiran dan pemerintahan AKP, Presiden Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Ahmet Davutoğlu yang mempunyai hubungan teruk dengan rejim Israel.

Beliau berkata demikian sebagai respon balas kritikan tersebut, “Kami tidak mungkin berbaik dengan pihak yang telah memijak-mijak Masjidil Aqsa dengan but kotor mereka. Teruskanlah saja jika parti-parti pembangkang ingin berkawan/berbaik. Kami menolaknya.”

Sudut lain, pencapaian Davutoğlu dalam mentadbir Turki dipuji oleh parti (AKP), banyak perubahan berlaku sejak beliau dalam parti bermula 2002. Beliau telah melangsaikan hutang besar negara kepada International Monetary Fund, dan juga telah menghantar satelit Turki ke angkasa.

Davutoğlu berkata, “Sebelum 2002, Turki tidak mampu membeli senjata pun, kereta-kereta kebal pun ‘diberikan’ oleh Amerika Syarikat, dan menghantarnya ke Israel untuk dibaiki.”

Dan apabila berbicara tentang Perdana Menteri yang disegani itu, “Beliau telah menyelamatkan dan mengembalikan maruah bendera Turki, dan maruah negara. Semua ini diusahakan untuk menjadikan tentera Turki tidak bergantung dengan negara lain melainkan atas kaki sendiri.”

Tambah Davutoğlu, “Selepas semua keadaan teruk yang berlaku ke atas Turki, masih ada pihak yang mahu Turki kembali ‘normal’, kembali ke era sekutu dengan pihak-pihak tersebut, mengharapkan belas kasihan International Monetary Fund untuk mentadbir negara, mereka adalah dari parti-parti pembangkang tersebut.”

Sumber : Anadolu Agency

Authors

Related posts

2 Comments

  1. Donte Larison said:

    terima kasih telah menyajikan sesuatu yang terbaik, dan ini memberikan ide buat kita semua agar selalu belajar dari seseorang meskipun orang itu tidak kita kenal, dan sukses selalu buat anda yang telah menginspirasi kita semua!

*

Top