Di Sebalik Penipuan Netanyahu ‘Serang’ Iran

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu smiles during a Likud party election campaign meeting in Tel Aviv on January 25, 2015 ahead of the March 17 general elections. Netanyahu won early this year another term as leader of the ruling rightwing Likud party ahead of a snap election, easily defeating his lone hard-right challenger. In power since 2009, he will seek to win a third straight term as prime minister and a fourth in total. He served a first stint between 1996 and 1999.   AFP PHOTO/MENAHEM KAHANA        (Photo credit should read MENAHEM KAHANA/AFP/Getty Images)

url

Shibley Telhami, wartawan dari Reuters, mengatakan bahawa perkara yang ditakuti Israel tentang rundingan dengan Iran, ialah tumpuan kepada senjata nuklear Iran dan bukanlah perubahan rejim atau tindakan serantau, yang turut memberi kesan kepada pentadbiran Benjamin Netanyahu. Pada 2011-2012, Netanyahu ‘meyakinkan’ Amerika bahawa beliau bertekad untuk menyerang Iran, kononnya akan menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat (AS). Tetapi langkah itu adalah pembohongan oleh Netanyahu dengan dua tujuan; untuk mendedahkan Obama kepada musuh politik dalam pilihan raya AS dan/atau menyebabkan Amerika Syarikat untuk menyerang Iran dahulu.

Analisis Telhami:

  • Netanyahu lebih suka AS yang melakukan serangan ketenteraan ke atas kelengkapan nuklear Iran, lebih daripada Israel itu sendiri. Ketakutan utama Netanyahu yang berupaya untuk memandu perbahasan AS untuk menyokong serangan ketenteraan ke atas Iran adalah tarikh pelancaran program nuklear Iran – bukanlah kerana sokongan Tehran kepada Hamas dan Hizbullah.
  • Netanyahu membesar-besarkan ancaman nuklear sebanyak mungkin alam tempoh beberapa tahun ini. Ancaman yang selalu digembar-gemburkan ialah, beliau menyebut bahawa Iran akan bertukar menjadi sebuah kuasa nuklear dalam tempoh enam bulan. Beliau memberi gambaran bahawa Israel bersedia untuk mengambil tindakan sendiri dengan menyerang kelengkapan nuklear Iran, walaupun tanpa sokongan AS. Walaupun pada mulanya, kebanyakan penganalisis, termasuk pegawai-pegawai AS, percaya bahawa itu hanyalah penipuan, pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2012, tekanan Israel ke atas pentadbiran Obama mengubah dasar pentadbiran AS.
  • Bukan lagi rahsia bahawa Netanyahu lebih memilih calon Republikan (kerana dasar parti, seperti tindakan George W Bush terhadap Iraq) sebagai Presiden, bekas Gabenor Massachusetts Mitt Romney. Tekanan ke atas Obama dilihat lebih berpihak kepada Republikan.
  • Pada tahun 2012, Israel mengambil langkah-langkah yang digambarkan sebagai ancaman yang dipercayai untuk menyerang Iran – dan akhirnya dapat menarik Amerika Syarikat ke dalam kancah peperangan. Tidak diketahui secara khusus, tetapi laporan mendedahkan petunjuk bahawa pentadbiran Obama semakin bimbang dengan tindak-tanduk Israel. Kerajaan Netanyahu membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk tujuan ketenteraan, serta mengukuhkan kerjasama ketenteraan dengan Azerbaijan yang berhampiran dengan sempadan utara Iran.
  • Kurang setahun daripada sebaran khabar angin tentang program pengkayaan uranium Iran – bermula daripada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert – Netanyahu telah membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk membuat ancaman beliau kelihatan lebih boleh dipercayai oleh Washington. Apa yang jelas ialah tindakan Israel telah diambil serius oleh pentadbiran Obama, dan akhirnya pada tahun 2012, AS mula mengambil berat dengan maklumat dari Israel supaya mula menekan Iran.
  • Telhami mendapati bahawa Netanyahu dibantu oleh Jeffrey Goldberg dalam sebaran maklumat ancaman tersebut. Goldberg adalah individu yang sama menyebarkan kebimbangan Amerika kononnya wujud senjata kimia oleh kerajaan Saddam Hussein dan akhirnya mencetuskan peperangan.
  • Petikan dari “The Point of No Return” oleh Goldberg daripada majalah Atlantik, 2010 menyebut bahawa penipuan Netanyahu yang mengarahkan sejumlah besar pesawat tentera udara Israel untuk terbang ke timur Iran sedangkan ruang udara di Timur Tengah sudah sesak dengan kelibat pesawat tentera AS, dan pastinya AS akan melindungi pesawat Israel yang menceroboh ke ruang udara negara-negara seperti Arab Saudi, Iraq dan melalui sempadan antara Syria dan Turki. Israel menipu dan memaklumkan kepada AS bahawa mereka ‘terpaksa’ mengambil langkah drastik ini kerana nuklear Iran menimbulkan ancaman serius sejak era Hitler bagi survival Yahudi. Israel juga menyatakan bahawa mereka percaya Israel mempunyai peluang yang baik untuk melambatkan program nuklear Iran untuk sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun. Mereka akan memberitahu Amerika bahawa Israel tidak mempunyai pilihan. Mereka tidak akan meminta kebenaran, kerana ia akan menjadi terlambat untuk meminta kebenaran.
  • Namun begitu, sehingga sekarang serangan itu tidak masih belum berlaku. Walaupun bermodalkan peristiwa Hitler ke atas bangsa Yahudi. Peristiwa Hitler sengaja dijadikan modal mengenai tindakan Iran supaya Obama bertindak untuk membuat perjanjian nuklear ini dengan Tehran. Sekarang Israel menjaja khabar angin bahawa Iran menyokong musuh Israel, Hezbollah – sebagai ancaman sebenar.

Adakah ini satu lagi pembohongan untuk mempengaruhi kuasa besar bagi kepentingan bangsa angkuh Yahudi dalam negara haram Israel?

Susunan : Khairil Alias
Sumber : GlobalResearch, theatlantic

Related posts

*

Top