Ekonomy 101: Apa itu Inflasi?

Inflation in newspapers

Inflation in newspapers

 

Perkataan inflasi bukanlah sesuatu yang asing buat kita pada hari ini. Masalah inflasi sering kali di gembar-gemburkan hampir di setiap media massa yang ada tidak kira media cetak ataupun media eletronik. Persoalannya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan inflasi dan apa kesannya kepada kita selaku pengguna?

Inflasi

Inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang. Bila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli oleh setiap dolar akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi. Inflasi akan mengurangkan kuasa beli pengguna. $1 pada hari hari ini tidak dapat membeli barang yang sama seperti semalam. Walau bagaimanapun, inflasi tidak bermaksud semua barangan akan mengalami kenaikan harga. Sesetengah barangan mungkin akan tetap pada harga yang sama dan barangan lain juga mungkin akan jatuh, contohnya walaupun Amerika Syarikat mengalami inflasi yang laju pada tahun 1970-an dan pada awal tahun 1980-an, harga perakam video, jam digital, dan computer peribadi berkurang.

Bagaimana inflasi diukur?

Ukuran utama yang digunakan untuk mengukur inflasi adalah dengan menggunakan Consumer Price Index (CPI). Kerajaan Amerika Syarikat menggunakan indeks ini untuk melaporkan kadar inflasi pada setiap bulan dan setiap tahun. CPI bermaksud harga kasar barangan ataupun servis yang dibeli oleh pengguna. Formula kepada CPI adalah:

CPI = (kos bakul pada setiap harga tempoh semasa ÷ kos bakul pada harga tempoh asas) × 100

Contohnya:

Tahun Asas (1998) 2010 2011
Produk Kuantiti Harga Belanja Harga Belanja (Mengikut kuantiti tahun asas) Harga Belanja

(Mengikut kuantiti tahun asas)

Tayar 1 $50 $50 $100 $100 $85 $85
Buku 20 $10 $200 $15 $300 $14 $280
Baju 20 $25 $500 $25 $500 $27.60 $550
Total $750 $900 $915

 

CPI = (Belanja tahun semasa ÷Belanja tahun asas) × 100

2010: ($900 ÷ $750) × 100 = 120         2011: ($915 ÷ $750) × 100 = 122

Inflation Rate = {(CPI tahun ini – CPI tahun lepas) ÷ CPI tahun lepas} × 100

{(122-120) ÷ 120} × 100 = 1.7%

Inflation rate adalah peratusan perubahan pada harga barang dari satu tahun kepada tahun yang seterusnya. Menggunakan inflation rate, kita dapat mengenal pasti sebanyak manakah peningkatan atau pengurangan dalam kadar inflasi.

Kesan kepada pengguna

Seperti yang kita tahu, inflasi akan memberi impak kepada pengguna kerana kuasa beli pengguna akan berkurangan. Namun, jika pendapatan pengguna juga meningkat, impak yang dirasai akan berkurangan, malah mungkin tidak akan memberi kesan. Secara mudahnya, jika kadar inflasi meningkat kepada 6% dan pendapatan pengguna meningkat kepada 6%, maka kesan imflasi tidak akan dirasai oleh pengguna. Walau bagaimanapun, tidak semua pengguna akan dinaikkan pendapatan ketika inflasi berlaku. Antara pengguna yang akan terkesan adalah:

  1. Penerima pendapatan tetap

Pengguna yang menerima pendapatan yang tetap, pendapatan mereka tidak dinaikkan, akan merasai impak infasi. Kuasa beli mereka akan berkurangan sejajar dengan kadar inflasi yang berlaku. Semakin tinggi kadar inflasi, semakin rendah kuasa beli mereka.

  1. Penyimpan

Walaupun penyimpan wang mendapat faedah di atas simpanan mereka, namun jika kadar inflasi melebihi kadar faedah yang diterima, kuasa beli mereka juga akan berkurangan.

  • Pemiutang

Kesan yang dirasai oleh pemiutang sama dengan kesan yang dirasai oleh penyimpan. Jika jumlah wang yang dipinjam dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi kepada penghutang, maka pemiutang akan dapat menanggung inflasi yang berlakul. Namun, jika kadar faedah yang dikenakan rendah berbanding kadar inflasi, pemiutang akan mengalami kerugian.

Ada juga beberapa pengguna yang tidak akan terkesan dengan inflasi yang berlaku, antaranya Penerima Pendapatan Fleksibel dan Penghutang. Seperti yang dibincangkan sebelumnya, Penerima Pendapatan Fleksibel tidak akan terkesan dengan inflasi jika kadar peningkatan dalam pendapatan mereka setaraf dengan kadar inflasi. Penghutang pula, mereka akan membayar kembali hutang mereka dengan harga yang lebih murah kerana inflasi telah menjatuhkan nilai wang tersebut.

Inflasi dan Kadar Faedah

Inflasi dan kadar faedah saling berkait antara satu sama lain. Kadar faedah akan memberi impak pada economic growth dan seterusnya akan memberi kesan pada kadar inflasi. Kadar faedah yang rendah akan meningkatkan kuasa beli penghutang kerana mereka hanya perlu membayar kadar faedah yang rendah untuk setiap pinjaman mereka. Keadaan ini akan mengalakkan mereka untuk berhutang sekaligus meningkatkan perbelanjaan mereka. Peningkatan dalam perbelanjaan akan mengembangkan ekonomi dan akan meningkatkan kadar inflasi. Ketika ekonomi sedang berkembang, permintaan (demand) pada sesuatu barangan akan melebihi bekalan (supply) yang ada, keadaan ini akan menaikkan harga barang tersebut., kadar inflasi meningkat.

Keadaan yang sebaliknya akan berlaku jika kadar faedah yang dikenakan tinggi. Kadar faedah yang tinggi akan memberi impak yang kurang baik pada perkembangan ekonomi. Permintaan (demand) pada sesuatu barangan akan berkurangan, seterusnya harga barangan tersebut akan jatuh.

oleh:

Ahmad Muslihuddin

Ahli Kajian CAPE

Authors

Related posts

*

Top