Eksklusif: Amerika Syarikat, Malaysia dan Perang Terhadap ISIS

518474870

Eksklusif: Amerika Syarikat, Malaysia dan Perang Terhadap ISIS (Analisis ini dibuat pada 25 November 2015, sesuai dalam kita memahami latar belakang lawatan Zahid Hamidi ke Amerika)

Ianya telah berlaku dengan pantas dan secara senyap-senyap. Akan tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu daripada rakan-rakan utama Amerika dalam memerangi IS (Islamic State).

Ini bukan satu kedudukan semula jadi atau mudah untuk sebuah negara yang majoriti nya beragama Islam untuk terbabit sama. Pendekatan serang balas keganasan (counterterrorism) Amerika syarikat dan Malaysia dalam beberapa perkara berbeza dengan ketara, dan aspek-aspek dasar luar Amerika di Timur tengah termasuk imbauan perang di Iraq dan Afghanistan berikutan serangan 11 September kekal tidak mendapat sambutan di Malaysia.
Akan tetapi, komitmen semasa Kuala Lumpur yang telah dibangkitkan baru-baru ini semasa lawatan presiden AS, Barack Obama di persidangan terbaru kemuncak Asian, mencerminkan betapa seriusnya ancaman IS kepada kedua-dua negara amnya dan Malaysia khususnya.

Ancaman

Pegawai-pegawai AS menganggarkan bahawa lebih 30,000 pejuang asing daripada 100 buah negara kini telah berkumpul di seluruh Iraq dan Syria, kira-kira dua kali ganda bilangan yang masuk ke Afghanistan pada 1980-an yang datang dari hanya segelintir negara.
“Kami tidak pernah melihat apa-apa seperti ini sebelum ini,” Brett McGurk, Duta Khas Presiden Gabungan Global Counter ISIL kepada pemberita dalam satu taklimat khas mengenai IS pada 20 November.

Sementara itu, pegawai-pegawai Malaysia berkata bahawa mereka telah menahan lebih 100 warga yang disyaki bersangkut paut dengan IS dengan 39 orang dikenalpasti sudah dalam perjalanan ke timur tengah untuk menyertai kumpulan militan tersebut. Lebih membimbangkan, rekrut-rekrut yang terlibat bukan hanya terdiri daripada rakyat biasa tetapi juga daripada kalangan pensyarah, kakitangan awam dan juga pasukan keselamatan negara sendiri. Dengan beberapa cubaan plot maut yang berjaya digagalkan dalam negara dan laporan militan yang mahu menyatukan kumpulan- kumpulan di Malaysia, Indonesia dn Filipina untuk membentuk cawangan IS di Asia Tenggara, ianya hanya menunggu masa sebelum serangan utama berlaku menurut beberapa orang pegawai.

“Saya fikir keadaan di Paris juga boleh dipindahkan di sini, di Asia Tenggara,” Nur Jazlan Mohamed, Timbalan menteri dalam negeri Malaysia, dalam temuduga Reuters minggu lepas, merujuk kepada serangan pengganas di ibu negara Perancis pada 13 November yang telah mengorbankan sebanyak 130 orang.

Beliau berkata demikian sebelum satu siri mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan Malaysia sebagai Pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Mesyuarat tersebut disertai dengan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat dan kehadiran polis yang bersenjata berat berikutan laporan yang tidak sah menyatakan ancaman pengganas bakal berlaku, dengan lebih daripada 4,500 askar dikerahkan atau dalam keadaan bersiap-sedia dan tambahan kehadiran beribu-ribu anggota polis.

Menyertai Gabungan Global

Pada 29 September, Malaysia bersama-sama dengan Nigeria dan Tunisia secara rasminya disambut sebagai tiga ahli baru dalam 65-strong, Gabungan Global yang diketuai oleh AS untuk membanteras ISIL ketika mesyuarat sidang kemuncak di New York yang dihoskan oleh Presiden AS, Barack Obama. Ini merupakan satu perkembangan yang signifikan kerana ia bermakna satu daripada tiga negara Islam di Asia Tenggara akan menjadi sebahagian daripada gabungan sebagai tambahan kepada Singapura (Indonesia dan Brunei, masih belum menyertai).
Apa yang benar-benar diperlukan, bagaimanapun masih kurang jelas. Pada masa ini, The Diplomat memahami yang Malaysia berperanan sebagai pemerhati dan penyokong gabungan. Akan tetapi, untuk bergerak ke hadapan, pegawai-pegawai AS berharap Kuala Lumpur akan menjadi ahli dan kemudiannya menerajui salah satu daripada lima strategi kumpulan kerja dalam gabungan yang sedia ada, yang sesuai dengan strategi dan pendekatan tertentu: politik-ketenteraan; pejuang pengganas asing; serang balas kewangan(counter-finance); sokongan penstabilan dan serang balas mesej (counter-messaging).

Buat masa sekarang, Malaysia telah menetapkan bahawa ia akan melakukan yang terbaik dalam kumpulan serang balas mesej (counter-messaging) yang kini diketuai oleh AS, UK dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Secara ringkasnya, serang balas mesej bertujuan untuk menghakis imej ISIL dengan mendedahkan kegiatan kumpulan militan tersebut yang penuh kebencian dan keganasan sambil membentangkan visi alternatif termasuk harapan untuk masa depan yang lebih baik. Ideanya, utusan presiden Gabungan, Jeneral John R.Allen memberitahu Jawatankuasa Hubungan Luar Senat pada bulan lepas adalah untuk “ mengalahkan ISIL sebagai satu idea”

Peranan ini sesuai dengan Malaysia. Ianya sejajar dengan idea Najib Razak terhadap Gerakan Kesederhanaan Global, satu pendekatan yang menekankan kesederhanaan untuk merealisasikan keamanan dunia dan keharmonian yang diperkatakan dalam ucapan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) pada tahun 2010. Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan visi ini. Seperti yang diperincikan Najib dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September, Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan barisan kumpulan antarabangsa ulamak Sunni dan Syiah di Kuala Lumpur untuk mentakrifkan pendirian sebenar IS berdasarkan abad pemikiran Islam, menekankan prinsip-prinsip seperti keadilan, belas kasihan dan rendah diri. Pada bulan Mei, Asas Pergerakan Kesederhaan Global dan Google juga telah menganjurkan Bengkel Pencipta Kandungan (Content Creators’) dalam menentang naratif keganasan melampau.

Kerajaan Malaysia juga telah menekankan isu IS semasa menjadi pengerusi ASEAN tahun ini dan akan terus berbuat demikian untuk tahun akan datang, termasuk dengan menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai deradicalization pada bulan Januari.

Sebagai pulangan menjadi ahli gabungan, The Diplomat memahami Malaysia akan layak mendapat beberapa manfaat termasuk akses kepada apa yang dipanggil Ruang kerja Kerjasama Gabungan (Coalition Collaboration Workspace (CCW)), portal swasta dalam talian yang menawarkan ruang kerja yang selamat eksklusif untuk rakan kongsi gabungan. Untuk mendapatkan akses penuh, antara lain adalah dengan mengenal pasti titik yang sesuai menghubungkan Malaysia dengan sekretariat Gabungan dan akses CCW

Pusat Data Baru

Sebagai sebahagian daripada fokus serang balas mesej, Malaysia juga telah bersetuju untuk membangunkan sebuah pusat pemesejan bersama dengan AS yang dikenali sebagai Regional Digital Counter-Messaging Communication Center (RDC3). Dengan berbuat demikian, negara Asia Tenggara akan menjadi hab untuk menyelaras dan memacu aktiviti serang balas mesej ISIL di rantau ini.

Sehingga kini, beberapa perkara khusus telah diumumkan. Jeneral Allen, utusan khas presiden berkata dalam keterangannya kepada Kongres bahawa Washington bercadang untuk menggunakan pusat Sawab atau “Right Path” yang ditubuhkan dengan UAE di Abu Dhabi sebagai contoh untuk membangunkan pusat pemesejan baru di Malaysia sebagai tambahan kepada Nigeria, Tunisia, Arab Saudi dengan OIC dan Brussels dengan EU.

Beberapa isu masih perlu diselesaikan. AS dan Malaysia bersetuju untuk membahagikan kos, dengan Washington lebih gemar untuk membantu menyediakan beberapa teknologi dan kepakaran lain. Namun, seorang pegawai Malaysia yang mahu namanya dirahsiakan memberitahu The Diplomat, sesetengah pihak menganggarkan kos untuk membina kemudahan, hampir mencecah sehingga beberapa bilion dolar di mana ianya merupakan satu harga yang agak besar.
Satu lagi isu ialah lokasi di mana kemudahan itu akan ditempatkan dan agensi mana yang akan terlibat termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Countertterorism (SEARCCT) yang ditubuhkan pada tahun 2003 semasa zaman George W.Bush berikutan kontroversi sejauh mana penglibatan AS.

“Kami masih lagi dalam pertimbangan untuk pengkhususan” kata pegawai yang ditekan supaya memberi maklumat lanjut termasuk tempoh masa yang realistik. “Ia akan mengambil masa.”

Program Pengecualian Visa

Satu lagi bahagian penting dalam kerjasama berterusan AS-Malaysia ke atas IS adalah program pengecualian visa (VWP). Walaupun program berkenaan akhirnya membolehkan rakyat Malaysia merantau ke Amerika Syarikat tanpa visa selama 90 hari untuk pelancongan dan perniagaan, terdapat juga beberapa komponen yang membabitkan kerjasama berkaitan IS sepanjang proses.

Minggu lalu, menjelang lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia, Washington dan Kuala lumpur telah menandatangani dua dokumen yang merupakan prasyarat penting penyertaan Malaysia dalam VWP. Dokumen tersebut yang dipanggil Preventing and Combating Serious Crime (PCSC), memperuntukkan pertukaran bersama maklumat yang relevan termasuk data biometrik dan DNA, untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.

“Data tersebut akan digunakan sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengkaji senarai suspek untuk menentukan pengganas atau disyaki pengganas di negara ini dan juga pengganas asing yang disyaki menggunakan Malaysia sebagai transit,” jelas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Zahid Hamidi di Kuala Lumpur selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negara Jeneral Alwi Ibrahim dan Duta Besar AS, Joseph Yun.

Apabila Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, melawat Amerika Syarikat bulan lalu, kedua-dua belah pihak telah menandatangani perjanjian utama yang lain- Homeland Security Presidential Directive No. 6 (HSPD) – penyusunan yang membantu mewujudkan prosedur yang sesuai untuk akses kepada dan pertukaran maklumat pemeriksaan pengganas yang penting untuk perlindungan daripada keganasan.

Namun, masalah masih kekal. Sebahagian daripada isu ini, The Diplomat memahami yang terdapat perbezaan bagaimana kedua-dua negara melaporkan maklumat yang sama yang akan dikongsi seperti sama ada untuk merangkumi penjenayah yang disabit kesalahan sahaja atau suspek amnya.

Malaysia juga perlu mematuhi syarat-syarat tertentu. In adalah termasuk memuatnaik maklumat mengenai passport curi ke Interpol dalam tempoh masa 24jam (tiada yang remeh pegawai berkata, berdasarkan masa yang diperuntukkan untuk mengumpul dan menghantar maklumat semula ke Kuala Lumpur dan memasukkannya ke dalam pangkalan data), dan memikirkan mana-mana agensi yang terlibat akan menerajui dalam memuatnaik semula maklumat tersebut di Malaysia. Pada masa ini, Jawatankuasa peringkat tertinggi ditubuhkan untuk memantau kemajuan Malaysia dan diketuai oleh Zahid tetapi ia juga melibatkan kementerian seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imegresen.

“Pada akhirnya, kami masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata seorang pegawai Malaysia kepada The Diplomat

Masih ada lagi isu yang lain iaitu rekod Malaysia dalam pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan VWP. Walaupun melalui laporan awal tahun menyatakan negara Asia Tenggara telah dinaik taraf dalam Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons (TIP)) , pegawai-pegawai AS menegaskan bahawa penambahbaikkan mengenai pemerdagangan perlu untuk memastikan kemasukan penuh Malaysia ke dalam VWP.

“Jika anda mempunyai isu penyeludupan besar, ianya akan mencerminkan kelemahan calon negara,” Yun, duta AS memberitahu kepada The Star, akhbar Malaysia awal tahun ini. Seolah-olah untuk menekankan keutamaan isu pemerdagangan dalam kerjasama AS-Malaysia yang sedang berlangsung, Obama sendiri telah melawat pusat pelarian yang juga merangkumi mangsa pemerdagangan manusia semasa lawatan beliau ke Malaysia.

Pegawai-pegawai Malaysia secara peribadi mengakui bahawa masih lagi terdapat cabaran walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh negara setakat ini.


Jalan ke hadapan

Walaupun mempunyai pelbagai isu, terdapat sedikit keraguan yang dengan beberapa siri pergerakan Malaysia telah muncul sebagai salah satu daripada rakan kongsi utama Washington dalam memerangi IS dan isu tersebut telah menjadi tunjang utama keberlangsungan kerjasama AS-Malaysia.

“Malaysia adalah sebahagian daripada gabungan untuk melawan (IS) dan boleh memberi bantuan yang berguna dalam isu-isu yang sedang berkembang seperti menangani masalah naratif yang merosakkan dan sesat,” ujar Obama pada hari Jumaat selepas pertemuan beliau dengan Najib.
Apa yang ditetapkan untuk masa hadapan, walaubagaimanapun adalah masih lagi kurang pasti. Sebahagian daripada ini akan ditentukan oleh perkembangan ancaman daripada IS dan kesannya kepada kedua-dua negara. Kepimpinan juga penting. Ia adalah satu rahsia terbuka bahawa hubungan AS-Malaysia telah dinaik taraf ke tahap menyeluruh tahun lepas, maju kerana hubungan baik peribadi di antara Najib dan Obama, dengan kedua-dua pemimpin tersebut bermain golf bersama-sama di Hawaii Disember lalu.

Tetapi, dengan masa depan politik Najib yang tergantung dalam skandal rasuah berterusan dan penurunan terma kedua Obama, hubungan mereka seperti sudah menghampiri penghujungnya. Itu adalah penting bagi kawasan yang memerangi keganasan kerana perubahan kecil dalam cara Kuala Lumpur berdepan dengan hak-hak atau berapa banyak Washington memilih untuk menolak rakan kongsi Asia Tenggara dalam isu kebebasan mampu memberi perubahan yang besar dalam merealisasikan kerjasama tersebut.

Buat masa sekarang sekurang-kurangnya, kedua-dua pihak gembira untuk menekankan betapa pentingnya kerjasama besar yang mereka nikmati.

Oleh:

Prashanth Parameswaran ialah Editor di The Diplomat yang berpangkalan di Washington , DC , di mana beliau menulis kebanyakannya mengenai Asia Tenggara , hal ehwal keselamatan Asia dan dasar luar AS di rantau Asia- Pasifik. Beliau juga merupakan calon PhD di Fletcher School of Law and Diplomacy di Universiti Tufts .

Penterjemah

DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Doctor of Philosophy (Generic) (Major in Sport Notational Analysis)

Authors

Related posts

*

Top