Erdogan Bakal Merasmikan Kompleks Kebudayaan Uthmaniyyah Terbesar Dunia di Amerika Syarikat

1438688153705

 

1438688153705

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilapor akan merasmikan pembukaan sebuah pusat kebudayaan Uthmaniyyah terbesar di dunia bertempat di Maryland, Amerika Syarikat dalam lawatannya ke negara itu. Erdogan sebelum ini memberitahu bahawa beliau akan mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat atas misi diplomasi sebelum perjumpaan G20 pada 15 dan 16 November di Antalya, Turki.

Dalam lawatan ini juga, Erdogan dijangka akan menghadiri majlis perasmian ‘Maryland Kulliye’, sebuah kompleks bertemakan senibina Uthmaniyyah yang menempatkan masjid serta dilengkapi beberapa kemudahan lain seperti perpustakaan, hospital dan dihiasi dengan air pancut.

Maryland Kuliyye dibina atas tanah yang dibeli pada tahun 1993, namun pembinaannya tertangguh sehingga tahun 2011. Tambahan lagi, Pusat Islam Maryland dalam laman webnya memberitahu kompleks ini merupakan satu ‘Master Plan’ dan mereka sedang menggiatkan usaha untuk melengkapkan projek ini dengan pembinaan sekolah, pusat komuniti dan aktiviti remaja di dalam kompleks tersebut. Projek ini berjaya hasil sumbangan daripada pelbagai pihak dan institusi. Dalam masa yang sama mereka masih mengalu-alukan sesiapa yang ingin menyumbang untuk kompleks ini.

Tradisi pembinaan ‘kulliye’ merupakan sebahagian daripada pengaruh besar senibina Turki daripada kalangan Seljuk – terutama dalam Empayar Uthmaniyyah dan  Timurid. Sebuah café ‘Ottoman’ turut menyediakan khidmat untuk para pengunjung kompleks tersebut.

 

Susunan:

Sumber: Daily Sabah

Related posts

*

Top