Erdogan : Pembukaan Konstantipel Kejayaan Besar Turki

Erdogan sedang berucap di hadapan penyokong beliau

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyampaikan ucapan kepada seluruh rakyat Turki dalam ulang tahun penaklukan Istanbul (Konstantinopel) oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Penaklukan itu telah memberi impak besar kepada sejarah Turki dalam bidang politik, sosial dan kebudayaan.

Erdogan berkata dalam ucapan beliau bahawa, pembukaan Istanbul merupakan salah satu pencapaian terbesar Turki dalam sejarah dunia. Penaklukan ini bukan sekadar kemenangan tentera, tetapi ia lebih membawa mesej pemerintahan adil ke seluruh dunia.

Pada 562 tahun yang lalu, bertarikh 29 Mei 1453, penaklukan Istanbul (Konstantinopel) juga telah membuka ruang bagi semua penganut agama dan budaya yang berbeza-beza, agar hidup harmoni dalam sesebuah negara. Presiden Turki menegaskan bahawa warisan toleransi (menghormati sensitiviti) dan kewujudan bersama yang rakyat Turki warisi daripada generasi terdahulu, akan menyumbang kepada pembangunan negara Turki dan akan membuka ufuk baru bagi kemakmuran negara.

Erdogan berikrar pada akhir ucapan beliau untuk memelihara warisan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya, dengan menyatakan bahawa kerajaan Turki akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga binaan ketamadunan dan memperkasakan pembangunan bandar ini (Istanbul) dari segi ekonomi, komersial dan budaya

Sumber : Turkpress

 

Authors

Related posts

*

Top