Hamas Gesa PBB Tanggung Defisit Kewangan Agensi Bantuan Palestin

Hamas-Logo-01

ps

Gerakan Islam Palestin, Hamas telah menyeru Dana Pusat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan bagi membantu UN Relief and Works Agency untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan menanggung defisit fiskal agensi tersebut.

“Kami menyeru Dana Pusat PBB untuk campur tangan dan menanggung kerugian yang dialami UNRWA, kerana agensi tersebut merupakan salah satu organisasi PBB dan tiada sebab untuk mereka mengurangkan perkhidmatan mereka kepada rakyat Palestin, walaupun negara yang memberi dana tidak mampu untuk memenuhi tanggungjawab kewangan,” Hamas membuat kenyataan pada hari Isnin.

Hamas menolak dengan tegas terhadap cadangan UNRWA untuk menangguhkan sesi persekolahan atas dasar kerugian fiskal. “Penangguhan tersebut adalah sebuah garisan merah dan setiap orang yang menyokong rakyat Palestin perlu membantu untuk menyelamatkan tahun persekolahan dan menjadikan ia sebagai penanda aras yang tidak boleh dipertikai,” kata Hamas.

Hamas menyeru kepada negara yang menempatkan pelarian Palestin untuk sama-sama mengambil tindakan dan memberi peringatan kepada UNRWA dan negara-negara yang memberikan dana tentang risiko yang bakal menimpa hasil daripada pengurangan perkhidmatan mereka. Hamas juga menggesa agar negara yang menempatkan pelarian Palestin untuk menyediakan platform bagi mengetengahkan pendapat mereka dengan menubuhkan kem protes di sepanjang sempadan Palestin di mana mereka dapat menyalurkan kehendak masing-masing.

PBB telah menyatakan pada minggu lalu di New York bahawa kekurangan dana boleh mengakibatkan penutupan 700 sekolah yang menyediakan khidmat pendidikan kepada pelarian Palestin di Timur Tengah.

Terjemahan : Aiman Radzman
Sumber : MEM

 

Authors

Related posts

*

Top