Harga Minyak Dunia Jatuh, Ekonomi China Penyebab Utama

 

1440401422657

 

 

Harga minyak dunia menjunam serendah 6.5 tahun pada Isnin ini, dengan bekalan mentah New York berada pada bawah $39 atas sebab kebimbangan terhadap permintaan tenaga oleh China dan lebihan bekalan global.

West Texas Intermediate (WTI), penanda aras US untuk penghantaran bulan Oktober mencatatkan penurunan sebanyak $38.69 berbanding tahap penurunan harga pada Februari 2009.

Bekalan mentah Brent North Sea untuk bulan Oktober menjunam pada waktu pagi Isnin di London serendah $43.28, angka yang terakhir sekali dilihat pada pertengahan Mac 2009.

“Untuk pertama kali sejak Mac 2009, harga Brent kurang daripada $45 per tong dan WTI kurang daripada $40 per tong,” kata penganalisa Commerzbank dalam nota kajiannya kepada pelanggan.

“Tiada penghujung yang dapat dilihat dalam kejatuhan harga minyak yang telah berlaku selama 8 minggu ini.

Penglibatan permainan data asas dalam kejatuhan harga pada hari ini hanya memainkan peranan yang sedikit, manakala pertumbuhan ekonomi China yang lemah merupakan penyebab utama kejatuhan kali ini.”

Saham China menjunam teruk Isnin ini, menyebabkan pengunduran baharu ke atas pasaran global dan campur tangan Beijing gagal meningkatkan sentimen pelabur ke atas kelembapan ekonomi China.

Beijing mengumumkan pada hujung minggu lepas bahawa dana pencen negara mereka – yang memiliki aset bernilai 3.5 trillion yuan pada tahun lepas – dibenarkan untuk membeli saham dalam usaha mereka untuk menstabilkan semula pasaran.

Walau bagaimanapun, saham Shanghai jatuh hampir kepada nilai 8.5 peratus, menghapuskan sebarang keuntungan pada tahun ini dan menyebabkan kerugian yang teruk di Asia dan Eropah menyebabkan pelabur masih berada dalam keadaan panik.

Sebelum hujung minggu lepas, harga WTI telah jatuh di bawah $40 disebabkan oleh penjualan saham global berikutan data perkilangan China yang teruk.

Kekhuatiran terhadap perkembangan ekonomi nombor dua dunia semakin merosot telah dicetuskan pada Jumaat lepas apabila angka awal indeks pengurusan pembelian bagi Caixin untuk bulan Ogos, penanda utama bagi aktiviti perkilangan, menjunam kepada serendah 77 bulan.

“Krisis kewangan China telah menggoncang saham global dan pasaran komoditi,” kata Myrto Sokou, senior penganalisa penyelidikan di Sucden Financial Brokerage, London.

“Para pelabur risau tentang kesan “knock-on” kepada ekonomi global.”

Beliau menambah lagi: “Pelabur minyak kekal berhati-hati turutan daripada kebimbangan yang muncul sekali lagi akibat daripada kelembapan yang serius terhadap permintaan minyak negara Asia untuk separuh tahun yang kedua pada tahun 2015.”

Pada awal perniagaan tengah hari ini, WTI naik sedikit pada harga $38.95, kurang $1.50 daripada tahap penutupan pada Jumaat lepas. Manakala Brent berada pada $43.74 dengan kekurangan sebanyak $1.72.

 

Terjemahan: Shamimi Amlee

Sumber: Daily Sabah

 

Authors
Tags

Related posts

*

Top