Terrorism Berlaku Disebabkan oleh Israel – Tun Dr.Mahathir

mahathir-is

mahathir-is

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berkata pembentukan negara Israel menyebabkan punca kepada kelahiran kumpulan Islamic State (dan kumpulan terroris yang lain).

Beliau berkata semasa sidang media, serangan kumpulan pengganas ini merupakan respon daripada kekalahan mereka untuk mendapatkan semula tanah mereka yang “dirampas” daripada masyarakat Arab, terutama sekali rakyat Palestin.

“Mereka melawan kembali dengan apa sahaja cara yang mereka mampu dan mengakibatkan beberapa siri keganasan atau terrorism” Beliau turut berkata, “ Apabila mereka melepaskan bom terhadap orang ramai, mereka juga harus ingat perkara itu merupakan terrorism juga.”

Beliau juga menegaskan bahawa sebelum pembentukan negara Israel terjadi, Islamic Terrorism tidak pernah wujud.

“Sebelum kewujudan Israel, serangan terroris tidak pernah berlaku melainkan serangan yang datang daripada Haganah dan Irgun, di mana kedua-duanya merupakan kumpulan terroris Yahudi.” Tun Mahathir turut menambah, sekiranya orang ramai menginginkan serangan ini berhenti, mereka perlu membenarkan masyarakat Arab termasuk rakyat Palestin untuk kembali ke negara mereka.

Oleh: Khadijah Hanim

Sumber: FMT

 

Authors

Related posts

*

Top