Israel: 99 Pencabulan Hak Pejuang Palestin!

palestinian-journalists-media-press-israeli-soldier
palestinian-journalists-media-press-israeli-soldier

“Mereka menggunakan peluru hidup dan peluru ‘getah’ serta gas pemedih mata, mereka memukul, menahan dan membawa mereka ke mahkamah.”

Pasukan pendudukan rejim Israel terus dengan pencabulan mereka terhadap hak wartawan rakyat Palestin. Hampir 100 insiden telah dilaporkan setakat ini sehingga 2015, yang mana wartawan ditangkap di wilayah yang diceroboh rejim kerana cuba untuk menutup tindakan politik dan penindasan mereka terhadap protes rakyat Palestin. 99 pencabulan hak dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015 dilaporkan merangkumi tindakan memukul sehinggalah ke penahanan.

Menurut laporan agensi berita Wafa, pasukan pendudukan Israel terus mensasarkan dan menangkap wartawan. “Mereka menggunakan peluru hidup dan peluru ‘getah’ serta gas pemedih mata, mereka memukul, menahan dan membawa mereka ke mahkamah sebagai sebahagian daripada polisi terancang Israel untuk menutup kebenaran, menutup mulut wartawan dan menghalang kebebasan bersuara. Semua ini bertujuan untuk menutup jenayah yang dilakukan mereka setiap hari terhadap orang awam dan untuk mengelakkan berita daripada sampai ke dunia luar.”

Laporan itu menyebut bahawa separuh pertama tahun ini menyaksikan peningkatan tindakan jenayah Israel terhadap media dan kebebasan bersuara secara umum, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. Dapat diperhatikan bahawa dalam tempoh yang sama, rejim Israel mula bertindak ke atas wartawan Palestin dan pihak media profesional yang melaporkan sebarang aktiviti dan perkembangan yang berkait dengan gerakan boikot dengan menganggap mereka sebagai “security offenders”.

Wafa menekankan bahawa peningkatan ini memerlukan tindak balas yang serius daripada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, bangsa Arab, akhbar dan kesatuan perdagangan antarabangsa bagi menghentikan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh rejim Israel. Kempen antarabangsa perlu diadakan bagi menyokong wartawan Palestin dan perjuangan mereka terhadap jenayah Israel dan pencabulan hak yang terpaksa mereka hadapi setiap hari.

Diterjemah oleh: Farris Hanafi

Sumber: MEM

Authors

Related posts

*

Top