Israel Beli Hartanah di Utara Iraq Bawah Kawalan ISIL

44146e6a-a33b-4637-b792-19d8b5a63330
44146e6a-a33b-4637-b792-19d8b5a63330

Mosul

Far News Agency melaporkan bahawa agensi-agensi hartanah di Mosul dan bandar-bandar lain di Niveneh yang terletak di Utara Iraq telah mula membeli rumah-rumah dan hartanah milik masyarakat minoriti Iraq yang merangkumi orang Kristian, Izadi dan Turki di kawasan tersebut.

Agensi-agensi hartanah tersebut dikatakan telah menawarkan “harga yang menarik” untuk hartanah tersebut dan kemudiannya menjual hasil belian mereka kepada ahli-ahli perniagaan Israel.

Sumber itu juga mengatakan bahawa baru-baru ini lebih 2,000 orang Yahudi telah kembali ke kawasan Kurdistan di Iraq untuk penempatan semula di kawasan-kawasan Utara Iraq.

Beribu-ribu orang Kristian Iraq dan komuniti lain telah dipaksa keluar dari tempat tinggal mereka di Mosul semenjak bulan Jun lepas setelah diberikan kata putus oleh pengganas-pengganas ISIL. Kebanyakan orang Kristian dari kawasan barat laut di Niveneh berjaya melarikan diri setelah kawasan tersebut diambil alih oleh puak Takfiri.

Pengganas-pengganas ISIL kini mengawal beberapa bahagian di Syria dan Iraq. Kumpulan ini terlibat dalam jenayah-jenayah kemanusian di kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan mereka.

Penterjemah : Mimie Amlee
Sumber : Press TV

Authors
Tags ,

Related posts

*

Top