Israel Sekat Stesen Televisyen Palestin

0225_two_state_1433

Gambar hiasan

Menteri pertahanan awam Israel telah mengemukakan sebuah arahan larangan kepada sebuah stesen televisyen F48; Falastin 1948, juga dikenali sebagai Palestin 1948, yang ditujukan kepada warganegara Arab di Israel. Gilad Erdan menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan ‘kedaulatan’ Israel diancam mahupun membenarkan pihak berkuasa Palestin berkuasa di negara tersebut.

Pegawai polis mengesahkan arahan tersebut selepas Erdan, dengan kuasanya, menandatangani arahan larangan kepada F48 daripada beroperasi di dalam Israel. Menurut arahan yang dikeluarkan, stesen penyiaran tersebut dilarang beroperasi kerana mendapat sumbangan pihak berkuasa Palestin, serta menjalankan aktiviti di Israel tanpa dokumen bertulis yang disahkan.

F48 dilarang beroperasi di dalam Israel selama enam bulan dan arahan berkuatkuasa serta merta. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang juga merupakan Menteri Komunikasi Israel, mengarahkan ketua kementerian beliau supaya menutup siaran stesen televisyen Palestin tersebut beberapa jam sebelum siaran pertama mereka ke udara pada permulaan Ramadan yang lepas.

Diterjemah oleh: Nureen Adnan

Sumber: MEM

Authors

Related posts

*

Top