Israel : Strategi Menahan dan Menyeksa Tahanan Kanak-kanak dalam Merampas Tanah Palestin

Gambar menunjukkan tentera rejim Zionis Israel sedang menahan seorang remaja Palestin di Beit Hanina.

Gambar menunjukkan tentera rejim Zionis Israel sedang menahan seorang remaja Palestin di Beit Hanina.

Maklumat yang dikemukakan oleh rejim Israel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, semenjak penguatkuasaan undang-undang ketenteraan di Tebing Barat, Palestin bermula 1967, seramai 95,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh rejim Israel, dengan purata lebih 5 orang tahanan kanak-kanak setiap hari. 60,000 daripadanya dimaklumkan telah mengalami penderaan fizikal semasa dalam tahanan.

Perincian maklumat berkenaan telah dibuktikan dalam satu laporan oleh Military Court Watch (MCW) kepada PBB, satu unit khas bahagian penyeksaan dan hukuman. Laporan yang mengandungi lebih 300 helai mukasurat tersebut membongkar segala kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak Palestin dalam tahanan Israel.

MCW dalam laporannya mengemukakan bukti ke atas sekurang-kurangnya 200 orang tahanan di Tebing Barat sejak Januari 2013 hingga Mac 2015. Laporan berkenaan mengesahkan dakwaan UNICEF bahawa penyeksaan terhadap kanak-kanak tersebut merupakan tindakan yang terancang dan sah mengikut undang-undang Israel.

Menurut laporan berkenaan lagi, penemuan ini juga mendedahkan ancaman, penderaan fizikal dan verbal serta penafian hak asasi manusia masih jauh untuk dipraktikkan dalam sistem tahanan Israel. “Berdasarkan bukti yang dikemukakan, laporan yang diserahkan juga menemukan rangkaian antara kekejaman terancang secara besar-besaran ini dengan penempatan haram Israel di Tebing Barat”, dakwa MCW.

“Kesimpulannya, bagi memberi ruang kepada penduduk Israel untuk menetap di Tebing Barat, walaupun bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, pihak tentera telah mengambil langkah terancang berupa intimidasi atau tindakan kekerasan bertujuan menakut-nakutkan orang awam secara besar-besaran dan mengenakan hukuman terancang ke atas rakyat Palestin secara umumnya” tambah MCW.

Sumber : MEM

Authors

Related posts

*

Top