Jet-Jet Pejuang China, di pulau rebutan Laut China Selatan, bukti Beijing semakin agresif

1460481939420

Jet-jet pejuang China yang dilihat di pulau rebutan Laut China Selatan, bukti langkah berani terkini Beijing. Langkah berani ini dijangka menyebabkan ketegangan serantau. Pulau Woody ialah pulau tuntutan China semenjak 1950 dan juga menjadi rebutan antara Vietnam dan Taiwan, dan ianya ialah sebahagian daripada rantaian Pulau Paracel di Laut China Selatan.

1460481939420

Imej satelit  yang ditangkap pada 7 April dari ImageSat International (ISI) yang disahkan oleh pegawai pertahanan AS menunjukkan dua jet pejuang Shenyang J- 11 China yang dikenali sebagai “flankers” oleh Pentagon yang mula digunakan pada tahun 1998 telah dikerahkan di Pulau Woody. Jet pejuang Shenyang j-11 China ialah versi yang telah diubah suai daripada Sukhoi Russia Su-27, setanding dengan Tentera Udara AS F-15 atau Tentera Laut F/ A- 18 Hornet .
Imej satelit(ISI) menunjukkan sistem radar kawalan kebakaran yang baru dipasang di Pulau Woody membolehkan China untuk mengesan jet pejuang, pengebom dan pesawat perisikan AS yang mengawasi tentera China.

Imej Satelit(ISI) menunjukkan empat daripada lapan peluru berpandu (surface-to-air missile) telah bersedia di sebelah timur Pulau Woody.

Sistem radar HQ-9, yang hampir menyerupai sistem peluru berpandu S- 300 Rusia, mempunyai jarak  tembakan sehingga 125 batu dan boleh memberi ancaman kepada pesawat awam serta kepada pesawat tentera AS. Fox News melaporkan pengerahan sistem peluru berpandu pada lewat Februari berlaku sewaktu Presiden Obama menjadi tuan rumah kepada 10 pemimpin Asia Tenggara di Palm Springs.

Pegawai pertahanan AS juga mengesan beberapa kapal China berhampiran Scarborough Shoal di rantaian pulau lain yang dipertikaikan yang terletak 200 batu dari Manila. Setiausaha Pertahanan Ash Carter ke Filipina lewat minggu ini untuk berbincang tentang ancaman serantau. Beliau juga akan mengadakan perjanjian yang menempatkan tentera AS di sana untuk kali pertama sejak penutupan pangkalan tentera laut di Subic Bay pada tahun 1992.

China juga telah mengerahkan J-11s di Pulau Woody pada waktu yang berasingan baru-baru ini. Fox News melaporkan satu pengerahan pada penghujung Februari, apabila Setiausaha Negara John Kerry telah menjemput rakan sejawatannya dari China di Washington. Pada November, media kerajaan China juga menunjukkan gambar J-11 di Pulau Woody.

Pada akhir bulan Januari , ‘Guided-missile destroyer’ kepunyaan AS Navy telah melalui Triton Island di Kepulauan Paracel, rantaian pulau yang sama di mana pulau Woody terletak. Terdapat peluang terbuka bagi Tentera Laut AS untuk menjalankan satu lagi operasi bebas pelayaran dalam “beberapa minggu,” kata seorang pegawai pertahanan memberitahu kepada Fox News, tetapi keputusan muktamad belum dibuat.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, China telah mencipta 3,000 ekar pulau buatan di atas terumbu seluas beratus-ratus batu  di selatan Pulau Woody dalam rantaian kepulauan Spratly. Satu landasan telah diuji pada bulan Januari, apabila dua pesawat komersial mendarat di Fiery Cross Reef.

Terjemahan oleh:

Iffah Fadhilah Bte Awang Muhaidin

Penganalisis IRIS. Beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengajian Timur Tengah, di Sakarya Universiti, Turki

 

Authors

Related posts

*

Top