Kejatuhan Harga Minyak Dunia: Punca & Implikasi ke atas Malaysia

IRIS 1

IRIS 1

Keputusan kerajaan Malaysia  untuk menghentikan subsidi minyak dengan sistem pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember 2014 sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh trend harga minyak mentah dunia.

Ketika artikel ini ditulis, WTI (West Texas Intermediate) yang menjadi salah satu penanda aras harga minyak mentah dunia mencatatkan harga USD 67.76 per tong minyak untuk contract hadapan (futures contract) bagi penghantaran Januari 2015. Harga ini menandakan harga minyak mentah dunia terus jatuh merudum dan yang terendah pernah direkodkan dalam masa empat tahun ini.

UK Energy Regulation Commision dan International Energy Agency meramalkan trend penurunan harga minyak mentah akan berlanjutan setidak-tidaknya hingga suku pertama (Q1) tahun 2015.

 

Punca penurunan harga minyak mentah dunia

Secara dasarnya, penurunan harga minyak dikaitkan dengan lebihan penawaran (oversupply) minyak dipandu oleh pengeluaran minyak ‘oil shale’ oleh Amerika Syarikat. Hari ini, jumlah pengeluaran minyak US telah mencecah 9 juta tong sehari dan jumlah ini dijangka mencecah 10 juta tong sehari pada tahun hadapan. Menurut laporan Federal Reserve (Bank Pusat US), peningkatan jumlah pengeluaran ini akan terus berlaku dalam jangka masa 2 tahun dari sekarang.

Andai lebihan penawaran berterusan, paras terendah harga minyak mentah dunia mungkin akan direkodkan tidak lama lagi. Namun, untuk meramalkan harga terendah komiditi tersebut bukanlah suatu kerja yang mudah. Sebahagian analyst menjangkakan kemungkinan harga akan terus jatuh sehingga paras USD 40 hingga USD 60 per tong.

Untuk menangani masalah lebihan penawaran minyak mentah ini, antara initiatif yang boleh diambil adalah dengan mengurangkan jumlah pengeluaran minyak mentah semasa. Justeru, OPEC yang membekalkan 30% daripada keseluruhan minyak mentah dunia telah bersidang baru-baru ini untuk membincangkan langkah yang perlu diambil bagi menstabilkan harga minyak global. Hasil perbincangan tersebut, OPEC telah bersepakat untuk tidak mengurangkan pengeluaran minyak mentah.

Keputusan OPEC ini mungkin agak memeranjatkan kerana umum sedia maklum bahawa pendapatan kebanyakan negara anggota OPEC bergantung kepada hasil jualan minyak mentah. Harga minyak rendah bererti pendapatan negara juga menjadi rendah. OPEC berpendapat jika mereka mengurangkan pengeluaran minyak mentah semasa, jurang pengeluaran tersebut akan diisi oleh negara pengeluar minyak bukan OPEC seperti Iran. Oleh itu OPEC berpendirian langkah mengkaji semula jumlah pengeluaran minyak tidak akan berjaya kerana akhirnya lebihan penawaran akan terus berlaku.

Namun, keputusan OPEC dilihat lebih dipengaruhi oleh faktor geopolitik dunia. Di sebalik tindakan mereka sebenarnya adalah untuk menekan negara-negara pengeluar minyak yang tidak senada dengan Amerika Syarikat seperti Iran dan Rusia. Seperti yang kita sedia maklum, Iran setelah sekian lama menjadi sasaran Amerika Syarikat kerana dikaitkan dengan pembangunan senjata nuklear. Rusia pula dilihat Amerika Syarikat sebagai sebuah negara bekas Soviet yang terus mengancam Amerika Syarikat terutamanya dalam usaha meluaskan pengaruh di Asia. Pelbagai usaha telah dilakukan Amerika Syarikat dan negara sekutunya untuk mengekang Rusia seperti mewujudkan suasana tegang antara Ukraine-Rusia dan mengaitkan Rusia dengan insiden MH 17 baru-baru ini.

Sekatan ekonomi antarabangsa yang dikenakan  kepada Iran dan Rusia menyebabkan aktiviti ekonomi mereka terbantut dan mereka terpaksa bergantung kepada hasil jualan minyak mentah. Kejatuhan harga minyak global akan mengurangkan hasil pendapatan Iran dan Rusia dan akan memberi kesan besar terutamanya kepada rancangan pembangunan di kedua-dua negara. Kejatuhan harga minyak mentah sudah tentu akan memberi implikasi yang amat besar kepada Rusia. Ini sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada keputusan OPEC yang merelakan harga minyak global untuk terus jatuh. Tidak dapat dinafikan kemungkinan besar keputusan OPEC adalah dipengaruhi oleh desakan Amerika Syarikat melalui sekutunya di dalam OPEC.

Selain daripada itu, kejatuhan harga minyak global sebenarnya memberi keuntungan kepada Amerika Syarikat. Negara kapitalis ini tidak pernah lekang dengan krisis ekonomi dan kewangan yang sering menghantui mereka. Harga minyak yang rendah dijangka akan merancakkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat. Harga minyak yang rendah akan menyumbang kepada penurunan kos operasi contohnya, kos pengangkutan dapat dikurangkan lantaran harga bahan api yang lebih murah. Rakyat juga berpeluang untuk bercuti di dalam negara dengan memandu sendiri kenderaan dan ini bakal menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan. Banyak lagi kelebihan yang dinikmati oleh Amerika Syarikat diatas kejatuhan harga minyak ini. Oleh itu, pada masa ini mereka tidak dilihat bersungguh-sungguh untuk membantu menstabilkan harga minyak dunia, malah mengambil kesempatan dengan meningkatkan pengeluaran minyak tempatan.

 

Implikasi ke atas Malaysia

Harga minyak yang rendah semestinya memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia. Harga terkini petrol yang dijual masih sedikit murah berbanding harga terakhir petrol bersubsidi disebabkan refleksi daripada trend kejatuhan harga minyak global pada hari ini.

Ketika kita sebagai rakyat mengharapkan harga minyak untuk terus menurun agar kita dapat menikmati petrol dengan harga yang lebih murah, kita sebenarnya lupa bahawa kejatuhan ini bakal memberi impak yang besar kepada negara. Petronas yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada bajet negara terpaksa mengurangkan sumbangan kepada Malaysia pada masa hadapan disebabkan kemungkinan penyusutan perolehan mereka. Untuk makluman semua, Petronas telah menyumbangkan RM732 bilion kepada negara sejak tahun 1974 sehingga 2012. Pada tahun ini sahaja, sebanyak RM 68 bilion telah disumbangkan Petronas kepada negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Petronas mungkin menyumbang hanya RM 43 bilion pada tahun hadapan sekiranya harga minyak mentah dunia berada pada paras bawah USD 75 per tong minyak seperti yang dilaporkan CEOnya baru-baru ini. Beliau menyifatkan setiap penurunan USD 1 per tong minyak, Petronas akan kehilangan RM 1 bilion.

Apabila kerajaan dapat menjimatkan RM 20 bilion hasil daripada penghapusan subsidi petrol, kini kerajaan berdepan pula dengan kemungkinan hilangnya RM 25 bilion sumbangan Petronas. Analisis mudah ke atas dua figure di atas menunjukkan Malaysia berkemungkinan hilang RM 5 bilion dan ini adalah satu jumlah yang bukan sedikit terutamanya ketika pembangunan negara sedang giat dijalankan dalam mencapai status negara maju. Secara pastinya, rakyat akan terasa tempias sekiranya bajet negara terjejas disebabkan kejatuhan harga minyak dunia dan kemungkinan kegagalan kerajaan untuk mengisi lopong yang ditinggalkan Petronas. Oleh itu, kerajaan perlu mencari initiatif lain untuk meningkatkan hasil negara di samping mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam mengurus tadbir negara.


Amar Yasier Razli is an Analyst at IRIS Institute. He currently works as a Tutor at the School of Economics, Finance and Banking, Universiti Utara Malaysia (UUM). Previously he worked for an American based Multinational Corporation as Financial Analyst. He graduated from Pennsylvania State University majoring in Actuarial Science and minor in Chinese Language. He also holds MSc. Risk, Crisis and Resilience Management awarded by University of Portsmouth. He has deep interest and expertise in the fields of political risk, community resilience, resilience policy and system failure.

Authors

Related posts

*

Top