Kejatuhan Matawang China dan Kesannya kepada Ekonomi Dunia.

yuan

Tabung Dana Kewangan Antarabangsa atau IMF berkata kelembapan ekonomi China dan faktor-faktor lain telah menyumbang kepada masalah ekonomi global ke tahap yang lebih mendalam daripada yang difikirkan.

“Peralihan China kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah, selari dengan ramalan yang dibuat, nampaknya mempunyai kesan merentas sempadan yang lebih besar daripada yang dijangka sebelum ini, merujuk kepada kelemahan harga komoditi dan saham,” lapor IMF.

Ia dikeluarkan menjelang pertemuan dengan Kumpulan 20 (G20) menteri kewangan di Ankara pada hari Jumaat dan Sabtu.

Ekonomi sekarang terdedah kepada risiko yang besar berpunca daripada kegawatan harga komoditi seperti minyak dan tembaga dan membawa kepada kejatuhan mendadak dalam pasaran kewangan, katanya.

Kejatuhan harga minyak, yang disebabkan oleh pengeluaran Arab Saudi pada kapasiti penuh, menjejaskan ekonomi sekarang. Penurunan nilai yuan dan nilai dolar yang bertambah utuh menambah kesan tersebut.

IMF memberi amaran bahawa harga komoditi akan semakin rendah dan dolar terus meningkat, merunsingkan syarikat yang mempunyai hutang yang besar.

Banyak negara dan syarikat yang telah meminjam dalam nilai dolar tetapi berurusniaga dalam mata wang tempatan akan menghadapi timbunan hutang.

Sistem Rizab Persekutuan AS (the Fed) yang berkemungkinan menaikkan kadar faedah membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi global dan menjadi sangat lemah.

Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berkata pertumbuhan global pada tahun ini akan menjadi “lebih lemah” daripada ramalan.

Campur tangan kerajaan China untuk menurunkan nilai yuan mencetuskan kebimbangan dalam negara yang mempunyai ekonomi kedua terbesar di dunia itu yang mungkin berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada ramalan.

China telah muncul sebagai saham pandu kepada ekonomi dunia dan perkembangan pasaran dari negara ini memberi kesan yang meluas.

 

Terjemahan oleh: Syazana Aqilah

Sumber: PressTV 

Authors
Tags

Related posts

One Comment;

*

Top