Kenyataan Negatif Senator US terhadap Perjanjian TPP

Senator Vermont: Bernie Sanders
Senator Vermont: Bernie Sanders

Senator Vermont: Bernie Sanders

Washington, 22 April 2015 – Senator Massachusettes, Elizabeth Warren hari ini memberi kenyataan negatif beliau mengenai Perjanjian TPP (Trans-Pacific Partnership) yang melibatkan 12 buah negara termasuk Amerika Syarikat.

Warren yang ditemubual dalam rancangan “The Rachel Maddow Show” petang semalam menyatakan kebimbangan dan rasa tidak puas hati beliau dengan perjanjian tersebut. Kenyataan tersebut dikeluarkan sejurus selepas Obama mengatakan bahawa tindakan Warren dan beberapa pihak yang lain untuk menentang Perjanjian TPP adalah tindakan yang salah.

“Pihak pentadbiran kata saya salah – jadi tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Namun mengapa mereka tidak mendedahkan perjanjian yang dikatakan bakal ‘menguntungkan’ rakyat?, kata Warren dalam satu kenyataan menerusi blognya.

Selain Warren, seorang lagi senator dari Vermont; Senator Bernie Sanders turut menyatakan tentangan beliau dengan perjanjian tersebut.

Kenyataan terbaru dari beliau mengatakan, bahawa Obama telah menggelar Penjanjian TPP sebagai “the most progressive trade deal in history”, tetapi jika benar apa yang dikatakan mengapa tidak mendedahkan perjanjian tersebut kepada rakyat? Walaupun penggubal undang-undang dapat melihat draf perjanjian TPP, namun mereka dilarang untuk melihat maklumat perjanjian tersebut secara terperinci.

Sehingga hari ini, Sen Warren dan Sen. Sanders masih menyatakan tentangan terbuka mereka terhadap Perjanjian TPP.

“Kita sudah lihat segala muslihat dan perangkap yang mereka lakukan sebelum ini melalui kontrak perjanjian terbuka. Sekarang cuba bayangkan apa yang mereka mampu lakukan di sebalik perjanjian tertutup TPP.”, kata Warren mengakhiri ucapan beliau.

 

Oleh: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: GlobalResearch.org

 

 

Authors

*

Top