Kepentingan Geostrategik dan Peranan Kuasa Asing dalam Konflik Syria

SERBIA-SYRIA-PROTEST

 

SERBIA-SYRIA-PROTEST

PBB melaporkan bahawa konflik di Syria sebahagian besarnya didukung oleh kuasa-kuasa asing sejajar dengan kepentingan geostrategik dan mengkritik kegagalan masyarakat antarabangsa untuk memberikan perlindungan kepada pelarian dari negara Arab itu.

“Perang di Syria semakin didorong oleh kuasa-kuasa antarabangsa dan serantau, terutamanya mengikut kepentingan geostrategik masing-masing,” Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu ,Unit Siasatan ke atas Syria berkata dalam laporan terbarunya yang diterbitkan pada hari Khamis ini.

Laporan itu berdasarkan 355 temu duga dan rekod perubatan, gambar-gambar dan imej satelit, pembunuhan, rogol dan penculikan yang telah direkodkan yang telah berlaku di seluruh Syria antara Januari dan Julai 2015.

PBB memberi amaran bahawa Takfiri Daesh (ISIL) ,kumpulan pengganas telah memperluas kuasa keganasan di bahagian tengah dan selatan Syria dan memberi amaran agar pihak-pihak yang berkenaan segera mengambil tindakan atas penindasan yang berlaku ke atas rakyat Syria itu

Termasuk  dalam laporan itu tentang kebimbangan mengenai “pelampauan kumpulan militan dan ekstremis, yang telah dimulakan oleh campur tangan kuasa asing”

Unit siasatan yang diketuai oleh Paulo Pinheiro menyeru masyarakat antarabangsa untuk membenarkan kemasukan lebih banyak pelarian Syria, menekankan bahawa pengabaian terhadap mereka akan menyebabkan krisis pelarian di Eropah.

Unit ini menuntut “peluasan penempatan untuk pelarian , kemasukan bantuan kemanusiaan, dasar visa fleksibel, penyatuan semula keluarga, atau skim akademik dan penajaan.”

Konflik di Syria yang mula meletus pada bulan Mac 2011, dilaporkan telah meragut lebih 240,000 nyawa sehingga sekarang. Lebih 2,000 rakyat Syria telah mati di laut semasa perjalanan mereka ke Eropah sejak empat tahun yang lalu.

Kerajaan Syria telah berulang kali menggesa negara-negara yang menyokong kumpulan pengganas terutama Arab Saudi, Qatar, dan Turki untuk menghentikan bermusuhan mereka terhadap rakyat Syria.

PBB berkata kumpulan militan itu telah menyebabkan lebih 7.2 juta rakyat Syria terpaksa berpindah secara dalaman, dan lebih empat juta yang lain terpaksa berlindung di negara-negara jiran, termasuk Jordan dan Lubnan.

 

Terjemahan oleh: Syazana Aqilah

Sumber: PressTv

Authors
Tags , ,

Related posts

*

Top