Kota Paris Diserang Pengganas, Kem Pelarian ‘Jungle’ Dijilat Api

6007798-3x2-940x627

 

6007798-3x2-940x627

Satu kebakaran besar telah berlaku di sebuah kem pelarian ‘Jungle’ berhampiran pelabuhan Perancis di Calais. Kebakaran ini berlaku sejam selepas insiden serangan maut di Paris yang telah meragut nyawa kira-kira 100 mangsa. Timbalan Datuk Bandar Calais memberitahu RT bahawa pihak berkuasa cuba untuk menghentikan kebakaran tersebut.

“Luas kawasan yang terbakar adalah lebih kurang 10,000 meter persegi. Kami masih belum pasti punca sebenar kebakaran tersebut,” kata Phillipe Mignonet. “Pihak bomba masih berusaha untuk memadamkan kebakaran tersebut, tetapi kehadiran angin kuat menyukarkan keadaan.”

Mangsa pelarian kem itu dilaporkan cuba untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran tersebut. Menurut timbalan datuk bandar, tiada pengurangan dalam bilangan pelarian yang tinggal di kem itu setelah mereka mengosongkan kawasan kem. Setakat ini jumlah mangsa masih belum dikenal pasti.

“Kami belum mendapat sebarang berita tentang mangsa. Pasukan penyelamat masih gagal untuk masuk ke tempat kejadian kerana keadaan api yang terlalu marak disebabkan angin yang kuat serta terdapat beberapa botol gas yang membahayakan,” kata Mignonet.

Ada pihak yang membuat spekulasi bahawa kem itu dibakar atas tindak balas kepada serangan yang berlaku ke atas Paris yang telah mengorbankan lebih daripada 100 mangsa. Walau bagaimanapun, Mignonet menyangkal spekulasi tersebut. Kata beliau kepada RT, “Kejadian kebakaran ini tiada kaitan dengan insiden serangan di Paris malam ini.”

Sejak minggu lalu, kem pelarian Jungle menghadapi pertembungan antara pegawai-pegawai penguatkuasa serta imigran yang datang ke kawasan itu. Kem itu menjadi tempat perlindungan sementara bagi ribuan pelarian yang datang dari Timur Tengah serta Afrika untuk mendapatkan perindungan daripada Calais. Kebanyakan daripada mereka hanya ingin menjadikan kem itu sebagai hentian sementara sebelum meneruskan perjalanan ke UK melalui Channel Tunnel.

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: RT

 

*

Top