Kronologi Perkembangan Program Nuklear Iran (2015)

obama

Dalam tempoh ini, memperlihatkan pertembungan antara pentadbiran Obama dengan ahli Kongres itu sendiri. Ditambah dengan ‘tekanan’ dari Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Manakala bagi pihak Iran, rundingan lebih tertumpu kepada untuk menghapuskan sekatan dan meningkatkan semula pengeluaran serta pemasaran minyak Iran di peringkat global.

2015:

3 Mac – Perdana Menteri Israel Netanyahu, bercakap di Kongres AS, menyeru penggubal undang-undang AS untuk menentang perjanjian prospektif dengan Iran.

8 Mac – Obama berkata jika Iran tidak sanggup untuk memberikan ‘ketelusan dan pengesahan’ untuk program nuklearnya, AS dan negara P5+1 akan menarik diri dari perundingan.

9 Mac – Sekumpulan 47 senator AS Republikan menghantar surat terbuka kepada kepimpinan Iran, mengatakan bahawa apa-apa perjanjian nuklear antara Obama dan Tehran boleh berubah apabila Obama ‘meninggalkan pejabat’.

23 Mac – 367 anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menulis surat kepada Obama berkata apa-apa perjanjian dengan Iran berhubung program nuklearnya perlu diluluskan oleh Kongres AS.

31 Mac – Hari terakhir untuk Iran dan negara P5+1 menandatangani perjanjian rangka kerja di Lausanne, Switzerland. Namun, gagal mencapai perjanjian, rundingan ditangguhkan sehari.

2 April – Iran dan negara P5+1 mencapai perjanjian rangka kerja. Semua pihak bersetuju untuk memulakan kerja merangka teks perjanjian nuklear yang muktamad dan menandatanganinya sebelum 30 Jun.

20 April – Menteri Minyak Iran, Bijan Zangeneh berkata Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) perlu memberi ruang untuk pengeluaran minyak Iran, menekankan bahawa negaranya mahu tahap eksport minyak mentah untuk kembali ke peringkat sebelum sekatan dibuat.

5 Mei – Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata semua sekatan politik, ekonomi dan kewangan ke atas Iran perlu ditarik balik pada hari yang sama perjanjian nuklear akhir dicapai.

6 Mei – Zangeneh mengumumkan bahawa negaranya bercadang untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan eksport sebaik sahaja sekatan dihapuskan.

13 Mei – Iran enggan memberi akses kepada IAEA untuk tapak-tapak ketenteraan, dengan mengatakan bahawa badan pemantau nuklear hanya bertanggungjawab untuk isu-isu teknikal dan menyediakan pengesahan program nuklear Iran sahaja.

May 20, 21, 22 – Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, Presiden Iran Rouhani dan Menteri Luar Javad Zarif mengatakan negara mereka tidak akan membenarkan mana-mana pemeriksa antarabangsa akses ke tapak-tapak ketenteraa Iran atau membenarkan temu bual dengan ahli-ahli sains nuklear, menyebutnya sebagai mencabar kedaulatan, dan mengisytiharkan isu ini sebagai ‘garis merah’ dalam rundingan.

22 Mei – Obama menandatangani satu rang undang-undang, yang menjadikan apa-apa perjanjian muktamad dengan Iran perlu dikaji semula oleh Kongres AS sebelum presiden boleh menghentikan sebarang sekatan ke atas Iran.

3 Jun – Zangeneh berkata beliau menulis surat kepada OPEC, meminta kartel untuk mengambil kiran peningkatan pengeluaran minyak pasca-sekatan Iran semasa mesyuarat dua kali setahun di Vienna pada 5 Jun.

5 Jun – OPEC tidak mengubah kuota pengeluarannya dan mengekalkan pengeluaran minyak ke 30 juta tong sehari. Zangeneh berkata Iran tidak memerlukan kebenaran OPEC untuk kembali ke pasaran minyak sebaik sahaja sekatan ke atas negara ini dihapuskan.

12 Jun – Rundingan nuklear antara Iran dan kumpulan P5+1 dilaporkan menemui jalan buntu kerana berbeza pendapat tentang masa dan skop pemberhentian sekatan dan akses IAEA ke hal ketenteraan Iran.

15 Jun – Senator AS Republikan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, menulis surat terbuka kepada Obama, memberi nasihat kepadanya untuk menarik diri dari rundingan jika Iran melintasi garis merah.

23 Jun – Parlimen Iran meluluskan undang-undang yang mengatakan perjanjian nuklear dengan P5+1 negara hanya akan menjadi sah jika sekatan ke atas negara ini telah dihapuskan sepenuhnya secara serta-merta. Rang undang-undang juga melarang pemeriksa antarabangsa akses kepada tapak-tapak ketenteraan Iran.

23 Jun – Senator AS Lisa Murkowski, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Senat berkenaan Tenaga dan Sumber, berkata dalam satu laporan bahawa AS tidak sepatutnya menghentikan sekatan ke atas Iran, dengan membiarkan Iran meningkatkan jualan minyak sehingga AS menarik balik pemulauan export minyak mentah yang dikenakan hampir empat dekad lalu.

25 Jun – Syarikat penyelidikan global dan rundingan Wood Mackenzie berkata 75 peratus daripada simpanan minyak Iran masih belum diterokai.

30 Jun – Wakil Dewan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar AS, ‘Ed Royce menggesa Obama untuk menarik diri dari rundingan nuklear, dengan mendakwa AS memberi terlalu banyak konsesi kepada Iran, sambil menambah “no deal is better than a bad deal.”

30 Jun – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata apa-apa perjanjian nuklear akhir antara Iran dan kumpulan P5+1 mesti diluluskan oleh resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Hari terakhir mencapai perjanjian akhir yang menyeluruh antara Iran dan kumpulan P5+1. Tarikh akhir rundingan dilanjutkan sehingga 7 Julai.

Obama berkata beliau bersedia untuk menamatkan rundingan jika Iran gagal untuk menepati perjanjian awal yang disepakati di Lausanne, dan memberi amaran kepada Iran untuk mematuhi syarat-syarat rangka kerja perjanjian 2 April.

2 Julai – Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani tentang isu nuklear.

4 Julai – Amano berkata badan pemantau nuklear boleh melaporkan tentang potensi penggunaan program nuklear Iran dalam ketenteraan pada akhir tahun 2015.

5 Julai – Iran berkata bahawa model kontrak minyak baru, Iran Petroleum Contract, bertujuan menarik pelaburan asing dan syarikat gergasi minyak global, sedia untuk diluluskan kerajaan.

6 Julai – Iran berkata wujud perkembangan untuk bekerjasama dengan IAEA. Amano berkata bahawa pihaknya menjelaskan tentang kemungkinan dari sudut ketenteraan berhubung program nuklear Iran, dan langkah pemantauan dan pengesahan agensi itu ke atas Iran.

7 Julai – Hari terakhir mencapai perjanjian menyeluruh akhir antara Iran dan kumpulan P5+1, selepas menangguhkan tarikh akhir pada 30 Jun. Walau bagaimanapun, Ketua Dasar Luar EU Federica Mogherini berkata pihaknya akan meneruskan rundingan selepas tarikh akhir kerana tidak ada perjanjian akhir dicapai.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata kebanyakan sekatan ke atas Iran akan dihapuskan. Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi mengumumkan bahawa perkara-perkara tambahan kepada perjanjian akhir mengenai sekatan sudah 95 peratus siap, manakala beberapa isu-isu kecil masih kekal.

9 Julai – Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata isu-isu yang sukar masih tidak dapat diselesaikan dalam rundingan, sambil menambah perunding tidak akan tergesa-gesa untuk mencapai perjanjian muktamad.

firma perunding tenaga global SVB Energy International LLC mengatakan dalam laporannya bahawa Iran memerlukan $ 70 bilion pelaburan untuk mencapai sasaran kapasiti pengeluaran minyak pada tahun 2020.

Julai 10 – Organisasi penilaian kredit global Fitch Ratings berkata bahawa Iran sedang merancang sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun untuk meningkatkan pengeluaran gas asli dan eksport, sebaik sekatan dihapuskan.

10 Julai – EU memanjangkan penggantungan sekatan yang dikenakan ke atas Iran sehingga 13 Julai. Menteri Luar Iran, Javad Zarif menyatakan isu-isu tertunggak dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

12 Julai – John Kerry berkata rundingan hampir ke penghujungnya. Rakan sejawatannya dari Iran, Zarif berkata tidak akan ada lagi apa-apa lanjutan rundingan nuklear dari 13 Julai. Presiden Iran Rouhani meluluskan rang undang-undang yang disahkan oleh Parlimen pada 23 Jun.

13 Julai – Timbalan Menteri Luar Iran, Araqchi mengatakan beliau tidak boleh berjanji bahawa isu-isu tertunggak akan diselesaikan hari ini atau esok malam.

14 Julai – Iran mencapai perjanjian nuklear yang menyeluruh dengan negara kuasa-kuasa dunia P5+1 di Vienna.

 

Farris Hanafi

Rujukan : AnadoluAgency

Authors

Related posts

*

Top