Letupan di Istanbul, 10 orang terbunuh

Police secure the area after an explosion in central Istanbul, Turkey January 12, 2016. REUTERS/OsmanOrsal -

Police secure the area after an explosion in central Istanbul, Turkey January 12, 2016. REUTERS/OsmanOrsal –

Satu letupan di tengah-tengah bandar pelancongan Sultanahmet yang bersejarah di Istanbul membunuh sekurang-kurangnya sepuluh orang dan mencederakan 15 yang lain. Laporan media tempatan berkata pengebom berani mati bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

Pejabat gabenor di Istanbul berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan dan individu yang bertanggungjawab untuk melancarkan serangan.

Letupan ini berlaku selepas setahun peristiwa seorang pengebom berani mati wanita meletupkan dirinya di sebuah balai polis di luar dataran yang sama, membunuh seorang pegawai dan mencederakan lain. Serangan itu pada mulanya didakwa oleh kumpulan esktremis kiri, tetapi kemudian ternyata telah dilakukan oleh seorang wanita yang disyaki memiliki jaringan dengan kumpulan militan, kata pegawai

Pihak Kurdish, kumpulan berhaluan kiri dan pihak militan direkodkan bertanggungjawab terhadap serangan-serangan yang berlaku di Turki dalam masa beberapa tahun ini.

Turki juga telah menjadi sasaran kumpulan Daesh, yang telah melancarkan pengeboman di bandar Suruç berhampiran sempadan Syria dan di Ankara ibu negara, di mana kedua-duanya telah membunuh lebih daripada 100 orang.

Oleh: Asyraf Farique

sumber: Reuters

Authors

Related posts

*

Top