Letupan di Turki: 32 Orang Terbunuh

Şanlıurfa'nın Suruç ilçesi girişindeki polis kontrol noktasının yakınında park halinde bulunan bir otomobilde patlama meydana geldi. (Veli Gürgah - Anadolu Ajansı)

suruc_son_eng-03-jpg20150720145718

 

SANLIURFA, Turkey- Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 32 orang telah terbunuh akibat letupan yang berlaku di Turki.

Kerajaan Turki telah mengeluarkan kenyataan bahawa letupan yang berlaku Isnin lalu merupakan “serangan pengganas” yang menyasarkan serangan terhadap kesatuan dan integriti Turki dan berjanji akan membawa kes ini ke muka pengadilan.

Serangan yang berlaku di pusat komuniti yang bertempat di Suruc, sebuah bandar yang terletak di Sanliurfa berhadapan dengan sempadan Syria  yang menghubungkan bandar Kobani merupakan tempat di mana beberapa siri serangan telah berlaku antara gerakan Kurdi dan Daesh sejak September lalu.

Seramai 21 orang telah terbunuh di tempat kejadian dan serangan tersebut dipercayai ditujukan kepada para aktivis yang telah merancang bagi membuat lawatan ke Kobani selepas pergaduhan yang tercetus antara gerakan Kurdi dan Daesh.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata seramai lebih daripada 100 orang telah tercedera di dalam serangan tersebut serta 9 orang berada dalam tahap kritikal dan sedang dirawat di hospital.

Beliau percaya bahawa Daesh yang memulakan serangan letupan tersebut namun tiada maklumat bagi kumpulan mana yang bertangungjawab dalam hal ini.

Abdullah Ciftci, pegawai daerah Suruc berkata, “ Terdapat maklumat yang mengatakan bahawa letupan itu kemungkinan besar dimulakan oleh “pengebom berani mati” dan pegawai kesalamatan telah ditempatkan di situ bagi mengawal ketat keselamatan penduduk.”

Media tempatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa serangan tersebut menyasarkan serangan terhadap ahli Federation of Socialist Youth Associations yang sedang berhimpun di sebuah taman yang dibangunkan oleh pusat perbandaran tempatan, terletak di Pusat Kebudayaan Amara.

Menteri Dalam Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa sepasukan pakar forensik telah tiba di tempat kejadian bagi meneruskan siasatan dan kawalan sekuriti telah diketatkan bagi keselamatan penduduk.

Timbalan Perdana Menteri Yalcin Akdogan menulis di laman sosial Twitter tentang insiden ini dengan menyifatkannya sebagai insiden “keji” dan serangan daripada perusuh yang mengganggu keamanan serta integriti Turki tidak akan tercapai.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut mengutuk keras kejadian letupan yang berlaku di sempadan Syria yang bertempat di daerah Suruc.

Beliau juga menganggap letupan yang melibatkan kematian dan kecederaan penduduk tempatan itu merupakan kesan daripada tindakan para pengganas dan merupakan tragedi yang menyedihkan negara tersebut, tambah beliau lagi semasa sidang media yang bertempat di Turkish Republic of Northern Cyprus

Beliau juga menyifatkan tindakan pengganas itu sebagai tindakan yang “kejam”.

Kemal Kilicdaroglu, pengerusi Republican People’s Party (CHP) turut serta menghina serangan yang dianggap mengkhianati secara sulit dan mengatakan parti tersebut telah menghantar wakil ke bandar tersebut. Ahli parti CHP turut menjalankan kempen derma darah bagi penduduk tempatan yang terlibat dalam serangan tersebut.

Ketua bagi pro-Kurdish Peoples’ Democratic Party (HDP) turut mengutuk keras perbuatan pembunuhan beramai-ramai ini sebagai “tidak berperikemanusiaan dan keji”.

Selahattin Demirtas dan Figen Yuksekdag telah menawarkan untuk bekerjasama dengan parti-parti politik bagi meneruskan siasatan.

Kedua-dua ketua ini telah meletakkan tuduhan ke atas golongan militan Daesh dan penyokong golongan ekstremis tersebut.

HDP juga turut membuat pengumuman bahawa satu perjumpaan akan diadakan pada Selasa pagi di HQ yang berpusat di Ankara.

 

Terjemahan: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: Anadolu Agency [1][2]

 

 

 

Authors
Tags

Related posts

*

Top