Malaysia Qatar tingkatkan hubungan pertahanan

Hishammuddin (kanan) dan Dr Khalid Mohamad bertukar dokumen pada Majlis Menandatangani Letter of Intent antara Mindef dan pihak Pertahanan Qatar di Wisma Perwira ATM, semalam. – sumber: Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar bersetuju meningkatkan hubungan pertahanan ke tahap lebih strategik melalui penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penubuhan HLC  membolehkan lebih tumpuan diberi dan kerangka struktur antara institusi pertahanan di kedua-dua negara.

Katanya, Qatar menunjukkan minat untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan di Somalia.

“Ini membayangkan hubungan pertahanan mesra yang dikongsi oleh kedua-dua negara dan perpaduan kedua-dua menteri mengenai perkara ini,” katanya selepas pemeteraian Surat Hasrat (LOI) dengan Menteri Negara Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid Mohamed Al-Attiyah, semalam.

Sementara itu, Dr Khalid Mohamed berkata, ini hubungan sejarah antara Malaysia dan Qatar dan melangkaui sebarang hubungan diplomatik.

“Saya dan rakan sejawatan saya (Hishammuddin) menaruh harapan untuk menjalin kerjasama antara kedua-dua negara dalam latihan tentera, teknologi dan lain-lain,” katanya.

Hishammuddin berkata, Surat Hasrat itu antara lain meliputi kerjasama kedua-dua negara membangunkan keupayaan pertahanan dan meningkatkan kerjasama dalam pertukaran maklumat perisikan. – Bernama

Authors

Related posts

*

Top