Mengapa Perjanjian TPP Terlalu Berahsia?

"Family Photo" 12 orang menteri yang terlibat dengan TPPA.
"Family Photo" 12 orang menteri yang terlibat dengan TPPA.

“Family Photo” 12 orang menteri yang terlibat dengan TPPA pada perjumpaan mereka yang dilakukan di Atlanta, Georgia 1 Oktober lalu.

“Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) berkemungkinan besar boleh bertukar menjadi “pembunuh”. Kita akan dapat melihat masalah besar akan berterusan dalam industri farmaseutikal dan price gouging akan berlaku”, berkata Dr. Jack Rasmus, Profesor Ekonomi Politik di Santa Clara University, California. 

Berikut merupakan temuramah pihak REUTERS bersama profesor ekonomi politik tersebut:

 

RT: Informasi yang kita ada tentang perjanjian ini sangat terhad. Apa pendapat anda tentang perkara itu?

Dr. Jack Rasmus:

  1. Pada pendapat saya, perjanjian ini berkemungkinan besar boleh bertukar menjadi “pembunuh”. Maksud di sini ialah kerana peruntukan kepada perjanjian ini terhadap perjanjian ubatan generik. Perjanjian yang dibentuk bagi ubatan generik ini akan melindungi industri farmaseutikal di Amerika Syarikat (AS) yang sudah sedia maklum akan mengakibatkan price gouging kepada pengguna rakyat Amerika dengan peningkatan harga bagi ubatan dalam peratusan yang tinggi iaitu sebanyak beribu-ribu peratus dan mencipta masalah di AS dalam pembentukan undang-undang yang munasabah.
  2. Perjanjian ini membenarkan syarikat tersebut untuk mengenakan bayaran yang tinggi selama 5 hingga 8 tahun kepada pengguna dan mengelakkan penurunan harga.
  3. Disebabkan itu, perjanjian ini dapat dilihat sebagai penyerahan yang besar kepada industri tersebut.
  4. Industri tembakau juga akan turut terkena tempiasnya.

 

RT: Ada juga yang mengatakan perjanjian ini sebagai ancaman global dan terbesar terhadap penggunaan internet. Mengapa begitu?

Dr. Jack Rasmus:

  1. Persoalan ini adalah membolehkan syarikat dalam mengenakan saman ke atas kerajaan dan memudahkan mereka membentuk undang-undang yang membentuk syarikat di mana undang-undang tersebut adalah mengelak mereka dari menaikkan harga.
  2. Namun begitu, jika peruntukan terhadap perjanjian ini dijalankan, kerajaan akan menghadapi kesusahan dalam membentuk syarikat ini dan mengelakkan mereka dari membuat sebarang keuntungan terhadap perkhidmatan internet.
  3. Kerajaan tidak akan dapat membentuk industri, dan industri akan menaikkan harga pada bila-bila masa yang dikehendaki.

 

RT: Ada yang mempercayai bahawa tujuan perjanjian TPP ini adalah bagi mengatasi negara China di mana mereka tidak terlibat dalam tawaran ini. Sejauh manakah kebenaran ini?

Dr. Jack Rasmus:

  1. Perjanjian ini merupakan rancangan pivot to Asia oleh Obama. Jika perjanjian ini tidak tercapai, perkara ini akan mengundang kekecewaan dari segi ekonomi dalam mengatasi China. Kita perlu tunggu dan lihat. Terdapat ramai ahli kongres yang menentang perjanjian ini. Namun begitu, keputusan akan keluar sehingga awal tahun depan.
Hawaii: Orang ramai berdemonstrasi bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap TPPA berdekatan dengan hotel yang berlansungnya rundingan tersebut.

Hawaii: Orang ramai berdemonstrasi bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap TPPA berdekatan dengan hotel yang berlansungnya rundingan tersebut.

Berikut merupakan pandangan daripada pakar ekonomi, Felix Moreno yang mempercayai bahawa perjanjian ini lebih menjurus kepada memanjangkan lagi masa dalam tempoh paten ubat, sebagai simbol dagangan AS dan perlindungan hak cipta terhadap negara lain.

 

Kefahaman beliau tentang implikasi terhadap perjanjian TPP adalah:

  1. Penyokong dan mereka yang akan menandatangani perjanjian ini sering kali mengatakan bahawa implikasi utama perjanjian ini adalah tentang penurunan cukai.
  2. Namun begitu, realitinya penurunan cukai bukanlah sebab utama kecuali dalam beberapa kes. Contohnya, pertanian di New Zealand. Sepatutnya, penurunan cukai yang banyak perlu diaplikasikan kepada pertanian di Jepun namun, mereka dikecualikan dalam hal ini.
  3. Oleh sebab itu, perjanjian TPP ini dapat dilihat lebih kepada pengharmonian dalam mengawal perjanjian antarabangsa berbanding  free trade agreement.

 

Pada pendapat beliau, sebab informasi TPPA yang dikemukan kepada umum sangat terhad:

  1. Perjanjian bertulis dan perundingan ini sangat sukar dilakukan oleh syarikat yang datang dari pelbagai bangsa dan negara dengan keuntungan yang dapat diberikan oleh setiap negara.
    Disebabkan itu, jika perjanjian ini diketahui umum, pengesahan bagi TPPA akan lebih sukar disahkan oleh parlimen antarabangsa.
  2. Contohnya, perjanjian ini perlu disahkan oleh Kongres AS dan terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh persatuan industri kereta dan pencinta alam semula jadi di mana mereka percaya akan memberi impak yang negatif kepada negara. Selain itu, undang-undang buruh dan undang-undang pekerja akan mengalami beberapa perubahan. Perkara yang diketengahkan dalam perjanjian TPP juga melibatkan lebih daripada sepertiga ekonomi dunia dan melebihi sepertiga perdagangan antarabangsa.
  3. Perjanjian ini akan memberi kesan kepada orang ramai dan orang ramai tidak boleh menyuarakan perkara lebih daripada apa yang mereka tahu.

 

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: RT

Authors
Tags

Related posts

*

Top