Menteri Israel terima dana daripada jutawan miliki rekod jenayah

Justice Minister Ayelet Shaked at the Justice Ministry in Jerusalem, May 17, 2015 (Flash90/Dudi Vaknin, Pool)

Justice Minister Ayelet Shaked at the Justice Ministry in Jerusalem, May 17, 2015 (Flash90/Dudi Vaknin, Pool)

Seorang usahawan berlian berbangsa Yahudi-Belgium yang berpusat di Jerusalem dipercayai telah menyumbang dana kepada dua orang ahli kabinet Israel. Usahawan terbabit pernah ditahan atas kesalahan terlibat dalam perdagangan dadah antarabangsa dan kumpulan pengubahan wang secara haram, money laundering ring.

Interpol pernah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa kepada Serge Muller, dan waran ini dikeluarkan kepada individu yang pernah ditahan di penjara Montenegro untuk tempoh lebih daripada tiga bulan. Serge Muller telah membayar sejumlah Israel Shekel 10,000 ($2,609) untuk Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked ketika pilihanraya dalam negeri.

Serge juga dipercayai menjalin hubungan baik dengan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan serta Menteri Pelancongan, Yariv Levin. Menurut sumber, Serge turut membayar sejumlah wang untuk mereka ketika undian Likud dilaksanakan.

Ketika temu bual, Shaked menyatakan bahawa beliau telah memberikan semua maklumat kepada pihak Pendakwa Raya tentang sumbangan yang diterima sepanjang kempen yang telah beliau adakan. Sementara itu, pekerja Erdan memberitahu bahawa Erdan tidak pernah mengenali Serge. Sewaktu kempen menteri terbabit, ramai pihak lain turut memberikan dana dan kesemua dana itu adalah dari sumber yang sah.

Keluarga Muller yang memihak kepadanya berkata, “Sudah bertahun-tahun keluarga mereka memberi sumbangan kepada Zionis enterprise, negara Israel dan kepada mereka yang mencari keuntungan daripadanya. Kesemua sumbangan disalurkan mengikut undang-undang dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.”

Mereka juga mendakwa bahawa waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Muller bersifat anti-Semitic, memandangkan menurut mereka Muller merupakan seorang Yahudi yang kuat agama dan telah menetap di Jerusalem selama 5 tahun.

Sumber : MiddleEastMonitor

Authors

*

Top