Mesir Menahan 79 Ahli Ikhwan Dalam Tempoh 24 jam

284157-01-02

egyptian-soldiers-arrest-protestor-2

Pihak keselamatan Mesir telah menahan seramai 79 ahli dan penyokong gerakan Ikhwan Muslimin (IM) di seluruh Mesir dalam tempoh 24 jam.

Sumber dari pihak keselamatan Mesir telah mengatakan bahawa mereka telah menahan 27 ahli IM untuk diadili atas beberapa pertuduhan termasuk melakukan dan mencetuskan keganasan ke atas institusi negeri dan kemudahan awam.

16 ahli iIM yang lain telah ditahan di beberapa wilayah di sekitar Afrika Utara, kata sumber berkenaan, ditambah dengan 18 penyokong Presiden Morsi lagi ditahan di wilayah Minya atas tuduhan cuba mencetuskan keganasan di Terusan Suez.

Seramai 18 orang ahli dan penyokong juga telah ditahan di sekitar Terusan Suez, Ismailiah dan bandar Suez.

Juga pada hari Khamis, sebuah mahkamah tentera Mesir di wilayah Asyut telah menjatuhkan hukuman penjara kepada 30 orang atas pertuduhan mengambil peranan dalam protes anti-kerajaan dan menyerang balai polis.

Gerakan IM telah mengalami tekanan yang dahsyat dari kerajaan Mesir sejak bekas Presiden Morsi digulingkan dari jawatannya dalam sebuah kudeta yang diketuai oleh bekas Ketua Tentera Mesir dan Presiden Mesir yang kini, Abdel Fattah el-Sisi pada Julai 2013.

Parti sayap IM juga telah disenarai hitam sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Kaherah bagi menghalang ahlinya bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

Kumpulan hak asasi antarabangsa telah mengecam tindakan kerajaan di bawah pemerintahan Sisi yang mana telah melancarkan tindakan keras ke atas mereka yang terlibat di dalam protes anti-kerajaan, dan juga penyekatan terhadap kebebasan bersuara di negara-negara Arab kini.

Tindakan keras terhadap penyokong Ikhwan Muslimin telah mengakibatkan lebih 1,400 kematian dan 22,000 tahanan, sementara ratusan lagi telah dijatuhkan hukuman mati dalam pengadilan berskala besar, berdasarkan laporan kumpulan hak asasi manusia.

 

Terjemahan : Aiman Radzman
Sumber : PressTV

Authors
Tags ,

Related posts

*

Top