Mesir Sebar Dokumen Tunjuk Sebab Morsi Dihukum

image

Khamis lalu, Kementerian Luar Mesir telah mengumumkan pengedaran salinan penghakiman hukuman mati mahkamah terhadap Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan kepada beberapa kedutaan Mesir dan kedutaan asing yang berpangkalan di Kaherah.

Kementerian Luar Mesir turut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ini merupakan usaha untuk menjelaskan keadaan sebenar di Mesir. Dokumen yang disebarkan itu menjelaskan sebab-sebab penghakiman dan butir-butir serta maklumat yang membuktikan ‘’disebalik keraguan’’ yang membabitkan penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam tindakan ‘’yang menjejaskan keselamatan dan kestabilan Mesir’’.

Keputusan mahkamah terhadap Morsi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain telah mencetus kritikan antarabangsa daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Turki. Pentadbiran AS telah menyatakan ‘’kebimbangan mendalam’’ terhadap keputusan yang ‘’bermotifkan politik’’ sementara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan keputusan tersebut sebagai penyelewengan undang-undang dan hak asasi.

Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon turut menyatakan kebimbangan mendalam terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Morsi dan 90 orang IM yang lain dengan berkata “Hukuman mati yang dijatuhkan selepas perbicaraan besar-besaran ini kemungkinan memberi kesan buruk terhadap kestabilan jangka masa panjang di Mesir dan masyarakatnya’’.

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: MEM

Authors
Tags ,

Related posts

*

Top