Morsi Membuat Rayuan terhadap Hukuman Mati di Mahkamah Mesir.

 

mohammed-morsi-8

Peguam bela telah memfailkan rayuan di mahkamah baru-baru ini terhadap hukuman mati yang dijatuhkan bukan sahaja ke atas bekas presiden Mesir yang telah digulingkan itu, malah untuk semua orang yang dipenjarakan selepas kejatuhan Mohamed Morsi.

 

Mohamed Morsi telah dijatuhkan hukuman mati yang pertama kali pada Mei yang lepas setelah beliau dilaporkan terlibat dalam cubaan untuk melarikan diri dari penjara dan keganasan terhadap pihak polis, serta dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan mengintip. Mahkamah Mesir juga telah mengekalkan hukuman mati pada Jun lepas kepada bekas ahli gerakan Ikhwanul Muslimin itu atas dakwaan pemberontakan terhadap bekas presiden Hosni Mubarak, pada tahun 2011.

 

Awal bulan ini, Morsi telah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menahan diri untuk makan kerana risau akan keselamatan nyawanya. Kesan daripada tindakan yang drastik itu, mahkamah telah mengarahkan untuk pemeriksaan medikal dilakukan ke atas Mohamed Morsi setelah beliau mengatakan bahawa paras gula dalam badannya berada dalam keadaan yang membimbangkan.

 

Komuniti antarabangsa mengkritik tindakan Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap Morsi dan pengikutnya sebagai tindakan yang “sangat menggangu” dan “bermotifkan politik”. Ada juga pihak lain risau dan mengatakan bahawa hukuman terhadap Morsi dan pengikutnya adalah satu bentuk “pembunuhan undang-undang dan hak asasi manusia secara beramai-ramai”.

 

Sementara itu, pada Ahad yang lepas, mahkamah tentera Mesir telah menghukum penjara 10-25 tahun kepada 26 orang pegawai atas tuduhan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dan penyebaran idea Ikhwanul Muslimin dalam kalangan tentera.

 

Terjemahan: Shamimi Amlee

Sumber: alJazeera

 

Authors
Tags

Related posts

*

Top