NED, Projek Demokrasi Amerika Syarikat

4384927889_2de4255802

4384927889_2de4255802

Dalam satu kajian ringkas yang ditulis oleh Dr. K R Bolton, seorang pengkaji politik antarabangsa dalam artikel yang bertajuk Tunisian Revolt: Another Soros/NED Jack-Up?  Beliau dengan jelas menyebut campur tangan Amerika Syarikat dalam revolusi yang berlaku di Tunisia. Tipikal senario yang menamakan revolusi di Tunisia sebagai revolusi Jasmin menampilkan pattern yang sama seperti terma-terma colour revolution yang lain seperti “Green, Saffron, Velvet, Rose, Orange dan Tulip revolutions”.

Dr. K R Bolton menyebut, Soros melalui Open Society Institute dan Amerika Syarikat melalui NED (National Endowment for Democracy) terlibat langsung dalam perancangan meruntuhkan rejim diktator dan memastikan hagemoni Amerika Syarikat terlaksana di negara-negara yang menjadi sasaran mereka iaitu negara-negara Timur Tengah, Amerika Latin, Eropah Timur, Afrika dan juga negara-negara Dunia Ketiga. [1]

Colin S Cavell menulis dalam bukunya Exporting Made in America Democracy – The National Endowment for Democracy & U.S Foreign Policy  bahawa  Amerika Syarikat semenjak kejatuhan Soviet pada 1991, telah mula meluaskan hagemoni mereka terhadap dunia melalui pakej kapitalisme (penjajahan ekonomi) dan juga demokrasi cara Amerika (penjajahan politik/should govern themselves  the American way) yang bergerak seiring menyusup masuk  ke dalam negara-negara sasaran [2] .

Tunisia, tidak terlepas daripada semua itu. Semasa pentadbiran rejim diktator Ben Ali, parti-parti politik sekular, gerakan sivil, kumpulan feminisma, NGO-NGO berideologi sekular liberal telah berkembang dengan cukup pesat[3]. Kebanyakan daripada NGO itu mendapat dana daripada Amerika Syarikat. Salah satu badan yang memberi dana kepada NGO-NGO sekular itu adalah NED yang diasaskan pada tahun 1983.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 22 orang lembaga pengarah NED adalah juga ahli lembaga pengarah CFR (Council on Foreign Relations), badan pemikir yang melakar dasar luar untuk dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui David Rockefeller Studies Program . Mereka termasuklah Carl Gershman seorang Yahudi Amerika, juga Presiden NED, Nadia Diuk, Naib Presiden, bagi program demokrasi di negara-negara Afrika, Eropah Tengah, Eurasia, Amerika Latin dan Caribbean, Louisa Greve, Naib Presiden program demokrasi di Asia, Timur Tengah, Afrika Utara dan kawasan serantau. Hillary Clinton dalam salah satu ucapannya mengakui keterlibatan CFR secara langsung dalam menentukan polisi luar kerajaan Amerika Syarikat[4].

Menurut Cavell lagi, pada tahun 2000, peruntukan yang diberikan kerajaan Amerika Syarikat kepada NED hanyalah 0.2% daripada keseluruhan jumlah dana luar Amerika Syarikat [5] . Selepas 9/11, special funding telah diberikan di negara-negara majoriti Muslim untuk melebarkan lagi hagemoni demokrasi sekular liberal Amerika Syarikat. Negara-negara itu termasuklah negara Timur Tengah, Afrika dan juga Asia.  Organisasi-organisasi yang disenaraikan di bawah adalah penerima dana daripada NED di Tunisia bagi tahun 2009[6]

  • Al-Jahedh Forum for Free Thought (AJFFT) $131,000

Modus operandi Al Jahedh adalah untuk melahirkan kader muda, melalui bengkel intensif pembentukan kefahaman demokrasi gaya Amerika. Memupuk budaya demokrasi melalui forum, debat dalam hal isu-isu semasa, ceramah akademik tentang kefahaman Islam moderat, membicarakan polisi ekonomi awam, bedah buku dan modus ini adalah sama seperti yang digunakan oleh NED dan Soros dalam siri colour revolutions yang lain.

  • Association for the Promotion of Education (APES) $27,000

Untuk memperkukuhkan lagi, kompetensi guru-guru sekolah menengah di Tunisia dengan nilai civil dan demokrasi di dalam kelas. APES akan mengadakan seminar dan juga latihan untuk menerapkan pedagogi ilmu berteraskan toleransi, relativisma, pluralisme dalam sistem pendidikan menengah di Tunisia.

  • Mohamed Ali Center for Research, Studies and Training (CEMAREF) $33,500

Melatih aktivis pemuda  Tunisia dalam soal kepimpinan, profesionalisme kerja dan melatih mereka untuk menjadi aktivis masyarakat, dan melatih lebih ramai pemuda seperti mereka dengan pelajaran-pelajaran dan nilai demokrasi acuan barat.

  • Moroccan Organization for Human Rights (OMDH) $60,000

Melatih aktivis pemuda Tunisia untuk mengerakkan masyarakat sivil. OMDH ini akan melatih 20 orang peguam Tunisia tentang cara bagaimana untuk membuat mobilasi awam seperti rusuhan, rapat umum dan sebagainya

Jika merujuk kepada situasi yang berlaku di Mesir, tidak syak lagi penglibatan secara terus Amerika Syarikat dan Israel melalui proksi-proksi mereka dalam kalangan kelompok sekular dan liberal untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Dr Mursi melalui dana mereka yang juga disalurkan di Mesir. [7]

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Hong Kong, modus operandi yang sama. Jika di Hong Kong, NED mendanai gerakan Solidarity Centre Freedom of Association sebanyak $154,669 dan gerakan ini yang menjadi antara penaung kepada “Umbrella Revolution”.

 

Screenshot 2015-05-26 22.29.19

 

[1] Ibid.

[2] Lihat Colin S Cavell, Exporting Made in America Democracy – The National Endowment for Democracy & U.S Foreign Policy, ms- 9-27

[3] Lihat http://confinder.richmond.edu/admin/docs/Tunisiaconstitution.pdf

[4] Lihat Hillary Clinton’s Speech at the Council on Foreign Relations office. https://www.youtube.com/watch?v=WOrhGkHPmSs&feature=youtu.be

[5] Ibid.

[6] National Endowment for Democracy Report Tunisia 2009:

[7] National Endowment for Democracy Report Egypt 2009:  http://www.ned.org/publications/annual-reports/2009-annual-report/middle-east-and-north-africa/description-of-2009-gra-2

Oleh:

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS

 

 

Authors

*

Top