Netanyahu ‘Hasut’ Kongres AS Bantah Perjanjian Nuklear Iran

benjamin-netanyahu-un-iran-speech

Menurut laporan sebuah media Israel, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merancang untuk mengadakan lawatan ke Washington pada bulan September bagi mencetuskan bantahan daripada ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) terhadap perjanjian nuklear Iran yang baru sahaja diumumkan pada hari Selasa lepas.

Suatu kenyataan menyatakan bahawa kuasa-kuasa besar dunia telah mencapai kata sepakat bagi mengehadkan aktiviti nuklear Iran sebagai suatu usaha sekatan ekonomi antarabangsa kepada negara yang kaya dengan sumber asli minyak di negara mereka.

Semasa di pertemuaan Likud di Knesset, Netanyahu memberitahu, “Tanpa usaha daripada Israel, Iran pasti sudah berjaya menjadi kuasa nuklear sejak sekian lama. Kami berperanan menghalang Iran daripada mencapai kuasa nuklear dan berjanji tidak akan membenarkan Iran menjadi sebuah negara memiliki kuasa nuklear.”

Berhubung manifesto pilihanraya beliau tentang Iran, beliau menyebut, “Kami tidak berjanji untuk mengurangkan sebarang bentuk perjanjian dengan Iran…tetapi berjanji untuk memastikan mereka tidak mendapat bekalan senjata nuklear. Kami masih berpegang teguh dengan perjanjian ini.”

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya’alon memberitahu bahawa perjanjian dengan Iran penuh “lompong” kerana tiada menyebut tentang penutupan sebarang reaktor nuklear Iran.

Parti Republikan AS membantah perjanjian dengan Iran. Mitch McConnel, Ketua Senate Majority menyatakan pemeteraian perjanjian dengan Iran merupakan suatu langkah sukar. “Sekiranya terlaksana, tidak mudah untuk mendapat persetujuan ahli Kongres.” Namun, sekiranya dipersetujui, Kongres akan kehilangan kuasa membolehkan sekatan dikenakan ke atas Iran.

Terjemahan : Nureen Adnan
Sumber : MEM

Authors

Related posts

*

Top