New Development Bank oleh BRICS Bakal Menyaingi World Bank

 

Sumber: The Guardian

Sumber: The Guardian

Kumpulan BRICS telah membuka bank barunya, New Development Bank (NDB), semasa upacara di Shanghai pada Selasa minggu lalu. Upacara tersebut dihadiri Menteri Kewangan China, Lou Jiwei, Presiden NDB, K.V. Kamath dan Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong. Bank tersebut dijangka mula beroperasi pada hujung 2015 atau awal 2016, lapor Xinhua.

Penubuhan NDB telah diumumkan semasa kemuncak persidangan BRICS –yang dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan- di Brazil pada Julai 2014. Bank tersebut merupakan rancangan masa depan dan jawapan kepada sistem kewangan antarabangsa semasa yang didominasi Barat.

NDB juga adalah jalan penyelesaian kepada masalah yang diketepikan dalam lanskap kewangan antarabangsa terutama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan alternatif kepada kedua-dua organisasi kewangan dunia yang didominasi Anerika Syarikat itu.

Pegawai bank menegaskan bank tersebut ditubuhkan bukan sebagai pengganti tetapi ‘’penambahan’’ kepada sistem yang telah wujud dan ia disokong Menteri Kewangan, Lou di mana alternatif ini datang dari cara yang sihat serta bakal meneroka pelbagai inovasi dalam model kerajaan, lapor Times of India.

Manakala Kamath pula menegaskan objektif mereka bukan untuk mencabar sistem yang telah wujud tetapi meningkatkan dan melengkapkan sistem tersebut dalam cara mereka yang tersendiri.

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim memandang positif terhadap kerjasama tersebut dalam satu ucapan tahniah sempena pembukaan bank itu. ‘’Kami komited untuk bekerja secara erat dengan NDB dan juga kesemua institusi lain yang melibatkan pelbagai negara, menawarkan perkongsian ilmu, dan bersama-sama dalam projek kewangan insfrastruktur,’’ kata Kim.

‘’Perkongsian seperti ini akan menjadi penting dalam mencapai target kita bersama untuk menghapuskan kemiskinan menjelang 2030, menggalakkan perkongsian kekayaan dan mengurangkan ketidaksamaan.’’

Bimbang China mempengaruhi BRICS

Walau bagaimanapun, ibu pejabat BRICS bank di Shanghai menimbulkan sedikit kebimbangan jika China menggunakan pengaruh besarnya untuk memiliki dan menggunakan ibu pejabat tersebut. ‘’Pada hakikatnya bank tersebut akan bertapak di China … ia akan memberikan China kuasa lebih untuk memilih mana-mana projek yang akan dibiayai atau tidak,’’ kata Jams Rickards, Pengarah Pengurusan Kanan di Tangent Capital kepada CNBC semasa bank tersebut diumumkan pada Julai 2014.

Manakala Joshua Cooper Ramo pula menggelarkan NDB sebagai ‘’Pakatan Beijing,’’ yang mana China akan menggunakan pinjaman dan membantu pembangunan negara untuk memastikan sumber-sumber semulajadi diperolehi. Saiz ekonomi China – Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) lagi besar daripada gabungan KDNK 4 negara BRICS yang lain – membuatkan idea kesamarataan kumpulan BRICS yang sempurna tidak mungkin berhasil.

NDB ‘’ditenggelamkan’’ AIIB

Disebabkan kecenderungan melihat NDB sebagai projek China, bank tersebut ‘’ditenggelamkan’’ dengan Asian Insfrastructure Investment Bank (AIIB), satu lagi institusi kewangan yang melibatkan pelbagai negara yang diketuai China.

Kedua-duanya memiliki misi yang serupa – membiayai pelaburan insfrastruktur di negara yang sedang membangun – tetapi AIIB terdiri daripada 57 negara pengasas dan negara-negara yang pesat membangun (termasuklah sekutu rapat AS seperti Jerman, UK, Korea Selatan) yang lebih besar daripada BRICS. Oeh itu, AIIB menarik banyak perhatian media dalam beberapa bulan ini.

Walau bagaimana pun, NDB masih lagi penting sebagai peringatan kepada China bahawa bukan negaranya saja yang sedang mencari alternatif kepada sistem kewangan Barat. Ia juga pencapaian praktikal julung kali buat kumpulan BRICS.

Penganalisis sering mengkritik BRICS sebagai kumpulan yang hanya ada nama saja, yang mana kesemua ahlinya tidak mempunyai sebarang persamaan melainkan status mereka sebagai negara besar yang sedang membangun. Namun, NDB menangkis dakwaan itu jika bank tersebut mampu mengelak daripada ‘’ditenggelamkan’’ dengan projek China yang lain- AIIB.

NDB fokus pada idea sama rata

Bank BRICS dan interaksinya tertumpu pada idea sama rata. ‘’Setiap negara yang menyertai NDB akan ditugaskan satu undian dan tiada negara yang akan berkuasa veto,’’ lapor laman web NDB. Modal permulaan $50 billion dalam bank juga akan dikongsi secara sama rata antara lima negara pengasas; bermaksud setiap negara akan mempunyai hak mengundi yang sama juga.

Tambahan lagi, jawatan kepimpinan yang dicakupi dalam kalangan negara ahli turut disamaratakan :  Presiden Bank sekarang yang diisi oleh K. V. Kamath (warga India) akan bergilir-gilir diganti antara lima negara itu. Gabenor pertama bakal dipegang oleh warga Rusia dan Pengarah pertama pula dipegang oleh warga Brazil. Manakala, Pejabat wilayah pertama bank adalah di Johannesburg, Selatan Afrika.

 

Terjemahan: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : The Diplomat

 

 

Authors
Tags , ,

Related posts

One Comment;

  1. Muhammad said:

    Alangkah indahnya perbankan Islam dunia dipelopori Malaysia sebagai hub perbankan Islam dunia suatu hari nanti mampu menenggelamkan sistem bank sedia ada.

*

Top