Nigeria Berjaya Membebaskan Wanita dan Kanak-kanak Dari Boko Haram

nigeria save the women and child

nigeria save the women and child

Nigeria, 2 Mei 2015- Seramai 234 wanita dan kanak-kanak telah berjaya dibebaskan dari kem pertahanan milik kumpulan militan Boko Haram (ciptaan Amerika Syarikat) daripada Hutan Sambisa melalui penempatan Kawuri dan Konduga sebagai jalan keluar.

Khamis lalu, Goodluck Jonathan selaku Presiden Nigeria telah berjanji untuk membebaskan Nigeria secara total daripada penguasaan pengganas sebelum beliau mengakhiri perkhidmatannya pada hujung Mei ini.

Setelah sebulan kesemua mangsa ditahan dan dipaksa kahwin oleh pihak militan, mereka hampir tidak mengenali pihak tentera kerajaan dek kerana hampir menyamai pihak pengganas tersebut sehinggakan semasa aktiviti menyelamat dijalankan terdapat segelintir pihak tentera yang ditembak oleh mereka.

Kini kesemua mangsa sedang menjalani proses soal siasat bagi mengetahui penempatan asal mereka dan bagi mengetahui jika ada segelintir daripada mereka yang rela mengikuti Boko Haram atau merupakan ahli keluarga pihak pemberontak.

Sehingga kini masih belum ada pengumuman daripada pihak tentera sama ada sebahagian daripada mangsa yang diselamatkan merupakan para pelajar Chibok yang diculik setahun lalu. Setelah lebih dari seminggu yang lalu pihak tentera mengerahkan tentera dalam misi menyelamat rakyat Nigeria di hutan Sambisa, akhirnya hampir 300 wanita dan kanak-kanak sebagai kumpulan pertama telah berjaya dikeluarkan pada Selasa lalu.

Manakala Kolonel Sani Usman pula memberitahu agensi berita The Associated Press pada Khamis lalu bahawa masih terdapat segelintir mangsa yang hilang termasuk seorang tentera dan seorang wanita semasa kejadian tembak menembak di 9 kem berasingan di hutan tersebut.

Namun, pihak tentera berjaya mengawal pemberontakan Boko Haram meskipun pihak militan menguasai kebanyakan kawasan di Timur Laut Nigeria yang diisytiharkan sebagai kawasan Islamic State.

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: Al-Jazeera

 

Authors

*

Top