Obama Bawa Usul TPA, Membolehkan Malaysia Menandatangani TPPA

Najib dan Obama

 

Najib and Obama

Najib and Obama

Kejadian penemuan beratus buah kubur pelarian Rohingya di bahagian utara negara ini bakal mengakibatkan rundingan perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat tergendala.

Hal ini berikutan terdapat, satu rang undang-undang berkaitan pemerdagangan manusia yang telah digubal oleh Senator John Cornyn pada April lalu dengan keputusan undian sebanyak 99 kepada 0 telah diluluskan.

Berdasarkan undang-undang ini, Amerika Syarikat akan dihalang dari melakukan kerjasama perdagangan dengan negara yang mempunyai rekod buruk dalam pemerdagangan manusia serta negara tersebut tidak dapat memperolehi faedah dari rang undang-undang Trade Promotion Authority (TPA) atau ‘fast-track’; satu lagi undang-undang yang membenarkan negara dengan rekod buruk untuk menyertai TPPA.

Menurut laporan Jabatan Negeri Amerika Syarikat, Malaysia telah diklasifikasikan sebagai antara negara mempunyai rekod terburuk dalam pemerdagangan manusia. Berdasarkan laporan itu lagi, Malaysia diletakkan pada Tahap Ketiga yang bermaksud Malaysia merupakan antara negara di mana berlaku penderaan paling teruk dan kerajaan Malaysia kelihatan tiada langkah dan pelan rasmi bagi membanterasnya.

Senator Robert Menendez, antara senator yang lantang dalam mengusulkan rang undang-undang pemerdagangan manusia beserta dengan sebuah kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch telah mengancam untuk menentang perjanjian TPP ini seandainya Obama mengambil remeh isu pemerdagangan manusia dan masih meneruskan rundingan TPP dengan Malaysia.

Namun begitu, kerajaan Amerika Syarikat masih kelihatan bersungguh-sungguh mahukan usul berkenaan dibuang dari rang undang-undang negara walaupun Malaysia merupakan hub pemerdagangan manusia , melihatkan lokasi negara ini yang berhampiran dengan Selat Melaka yang merupakan laluan perkapalan penting bagi perdagangan global.

Sumber: Huffingtonpost

Authors

Related posts

*

Top