Paksaan Makan terhadap Tahanan Palestin : Pertembungan antara Politik dan Perubatan

palestinians_2195447b

 

Ahli politik mengatakan bahawa peraturan paksaan makan melindungi kesucian nyawa manusia, manakala pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain pula berkata ia melanggar autonomi dan maruah manusia, dan hanya berfungsi untuk tujuan politik sahaja.

Isu paksaan makan dalam kalangan tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar di penjara-penjara Israel telah sampai kepada kemuncaknya apabila beberapa hari lalu Mohammad Allan telah dihantar  ke Pusat Perubatan Barzilai di Ashkelon dari Pusat Perubatan Universiti Soroka di Bersheeba, kerana kebimbangan penyokongnya terhadap pihak berkuasa Israel yang cuba mencari jalan untuk memaksanya makan bagi menghentikan mogok laparnya yang kini menghampiri tempoh dua bulan.

Hal ini adalah berkaitan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Knesset pada Julai, yang mana ia membolehkan paksaan  makan terhadap individu yang melakukan mogok lapar.  Pengerusi Ahli Dalaman Knesset , David Amsalem (Likud) berhujah bahawa rang undang-undang tersebut “mencipta keseimbangan antara kepentingan negara untuk melindungi nyawa tahanan dengan hak mereka terhadap tubuh badan sendiri”.

Peraturan terbabit membolehkan pesuruhjaya penjara untuk meminta peguam negara dan presiden mahkamah daerah untuk memberi keizinan bagi melakukan paksaan makan terhadap tahanan yang melakukan mogok lapar.

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan telah bersolidariti bersama-sama Persatuan Perubatan Israel, yang mana telah menyuarakan bantahan secara keras terhadap peraturan baru tersebut.

“Situasi politik tersebut telah meletakkan perkhidmatan perubatan dan pertubuhan perubatan di hospital Israel  dalam dilema yang sepatutnya tidak dihadapi oleh mereka,” kata Molly Malekar, penyelaras projek di Amnesty International di Israel.

Beliau menambah bahawa ia suatu isu yang rumit dalam mendapatkan keseimbangan antara etika dengan keputusan perubatan. Amnesty International terus kekal menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut bersifat politik dan bertujuan untuk melenyapkan protes.

Sebelum Knesset meluluskan apa yang disebut oleh Malekar sebagai rang undang-undang yang zalim, beliau berkata para doktor telah menemui suatu cara yang canggih untuk mencapai keseimbangan antara penjagaaan nyawa dan kesihatan pemogok lapar dan pemeliharaan kuasa autonomi dan kebebasan bersuara.

“Biarkan pasukan perubatan sahaja yang menguruskan hal ini,” ujar beliau. “Mereka tahu apa yang mereka buat”.

Dr. Amir Fuchs, ketua projek Defending Democratic Principles di Institut Demokrasi Israel, telah menyokong sentimen ini. Beliau berkata, “Majoriti doktor mendapati bahawa cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah jika terdapat keyakinan antara tahanan dengan doktornya, dan dengan dialog yang berterusan yang dijalankan, mereka boleh menyelamatkan nyawa.” Dia menambah lagi, jika seorang  pesakit tidak menyedarkan diri, doktor berkenaan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk menyedarkannya.

Beliau membandingkan antara paksaan makan dengan memaksa untuk menjalani rawatan chemotherapy bagi mereka yang menghidap barah yang mana ia di luar kerelaan mereka: “Kami mengehadkan kebebasan tahanan, tetapi ia bukan bermaksud kami mengehadkan hak autonomi dan maruah sebagai seorang manusia,” tegasnya, menyokong keraguan Malekar bahawa tujuan undang-undang terbabit adalah untuk menjaga nyawa.

“Jika saya mengisytiharkan mogok lapar, mereka tidak boleh mengenakan undang-undang tersebut ke atas saya,” beliau berkata lagi. “Jadi saya tidak terpedaya bahawa kesucian nyawa merupakan tujuan rang undang-undang ini, kerana saya tidak fikir bahawa nyawa saya adalah lebih suci dari nyawa tahanan.” Satu-satu cara untuk paksa-makan seseorang bukan tahanan adalah berdasarkan Undang-undang Hak Pesakit.

Kami tidak hanya berdepan dengan isu menyelamatkan nyawa, tetapi juga dengan masalah perhubungan awam iaitu sebuah masalah politik,” dia meneruskan. “Undang-undang tersebut bertujuan untuk mengelakkan publisiti yang buruk ke atas Israel dan bagi melawan kemampuan tahanan untuk mendapatkan kejayaan dalam pergelutan mereka mendapatkan kebebasan daripada penahanan pentadbiran Israel.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa juga telah bersuara dalam perkara ini.

“Merujuk kepada mogok lapar Allan, apa-apa penyelasaian yang dilakukan perlu diambil kira untuk memelihara moral dan fizikalnya. Pilihan tahanan tersebut perlu dihormati dan maruahnya perlu dijaga,” kata Jacques de Maio, ketua delegasi ICRC di Israel.

Pengkaji dari Institut Strategi Zionis Yael Baklor-Kahan dan Adi Arbel, walaubagaimanapun menggambarkan undang-undang tersebut sebagai “suatu yang lebih selamat dari dua kejahatan,” menyatakan bahawa mogok lapar tersebut bertujuan untuk mencabar keluhuran negara dan kadang-kadang untuk membebaskan tahanan atau mengubah kondisinya pada waktu tersebut.

Israel telah membebaskan pimpinan Jihad Islami, Khader Adnan dari penahanan bulan lepas selepas rundingan disepakati untuk mengakhiri mogok laparnya selama 56 hari. Kahan dan Arbel berkata bahawa mereka melihat mogok lapar seorang tahanan sebagai suatu alat untuk mengelakkan Israel mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka dan sebagai salahguna untuk kebebasan bersuara yang diberikan oleh pihak Israel yang merupakan musuh mereka. Kahan dan Arbel menambah lagi bahawa kematian yang disebabkan oleh mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan mungkin memberikan implikasi yang serius, mencetuskan keganasan yang mana boleh menyebabkan kematian ramai penduduk Israel dan Palestin.

Golongan yang tidak bersetuju dengan paksa-makan telah menolak kenyataan ini dengan mengatakan bahawa tiada rekod kematian disebabkan oleh mogok makan di Israel, tetapi lima tahanan telah mati akibat daripada paksa-makan satu kes pada tahun 1970, dua kes pada tahun 1980, satu kes pada tahun 1984, dan satu kes pada tahun 1992.

“Selama berdekad lamanya, tahanan telah melakukan mogok lapar, tetapi tiada daripada mereka yang mati,” kata Fuchs. “ Cuma apabila mereka dipaksa makan sahaja yang mengekibatkan kematian.”

Para doktor, katanya lagi, perlu dibiarkan untuk berdepan dengan pemogok lapar, memandang bahawa tahanan yang dibawa ke hospital perlu diberikan rawatan seperti orang lain yang berada di tempat yang sama.

 

Terjemahan: Aiman Radzman

Sumber: JPost

Authors

Related posts

*

Top